top of page

Tolak PKPB: Kuasa Kerajaan Negeri setara Persekutuan


Oleh: Redzuan Shamsudin

Kuasa Kerajaan Persekutuan seolah-olah tercabar apabila 7 daripada 14 negeri di Malaysia menolak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Sehubungan itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali memberi amaran syarikat-syarikat swasta boleh menyaman negeri-negeri yang menghalang aktiviti ekonomi dengan meneruskan perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti biasa. Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-Negeri dan Persekutuan Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, kuasa Kerajaan Negeri dalam hal ehwal kesihatan adalah setara dengan Persekutuan. Menurut beliau, menteri kanan Azmin Ali perlu merujuk butiran No.7 dalam Senarai III – Senarai Bersama (Concurrent List) Jadual Kesembilan (Ninth Schedule) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bersama dalam perkara Kesihatan Awam (Public Health) dan Pencegahan Penyakit (Prevention of Diseases). "Peringatan ini sebagai jawapan terhadap amaran Azmin "negeri yang enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri’'. Azmin Ali atau Kerajaan Persekutuan tidak boleh hanya bergantung kepada punca kuasa dari Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk memaksa kehendaknya supaya Kerajaan Negeri menurut keputusan Kerajaan Persekutuan agar sektor ekonomi dibuka semula," ujar Hassan dalam satu kenyataan. Katanya lagi, Senarai III – Senarai Bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan jelas status kuasa perundangannya lebih tinggi berbanding Akta 342 tersebut. "Jadi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hubungan Negeri-Negeri dengan Persekutuan saya menyeru supaya Azmin, perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan pusat supaya mengambil pendekatan yang terbaik dengan menghormati kuasa Kerajaan Negeri kerana Malaysia sebuah negara persekutuan yang mengamalkan prinsip federalisme yang bidang kuasa masing-masing (Negeri-Negeri dan Persekutuan) telah tertulis nyata di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan," kata Hassan. Selain itu, kata Hassan, keputusan yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam soal membuka semula sektor ekonomi akibat wabak penyakit Covid-19 adalah satu keputusan besar yang penting. Keputusan itu, katanya, perlu dilihat ada kewibawaan, diyakini, tepat dan boleh dipertanggungjawabkan supaya ia akan dihormati oleh semua pihak, sama ada rakyat, pihak industri, pelabur dan masyarakat antarabangsa. Imej dan nama baik Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga akan terpelihara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page