top of page

Tolak gaji, elaun terbukti PMX ikhlas bekerja demi negara



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Setelah menolak gajinya sebagai Perdana Menteri (PMX) sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menolak satu lagi pendapatan yang patut diterimanya.

Kali ini, beliau menolak elaun sebagai Pengerusi Khazanah Nasional, cabang utama pelaburan kerajaan.


Setiap Perdana Menteri adalah juga merupakan Pengerusi Khazanah sejak dulu lagi.

Katanya beliau menolak daripada menerima elaun berkenaan, sama seperti keputusan tidak menerima gaji selaku Perdana Menteri selagi keadaan ekonomi di Malaysia belum pulih sebagaimana sepatutnya.


Apa yang menarik berkaitan jawatan selaku Pengerusi Khazanah ini ialah Anwar baru saja mengetahui jawatan tersebut turut dibayar elaun.


Selama ini, beliau merasakan kedudukan sebagai Pengerusi Khazanah tidak diberi apa-apa elaun kerana sebagai Perdana Menteri sudah pun dibayar gaji.


"Sebentar tadi saya pengerusikan mesyuarat Khazanah...rupanya (sebagai) pengerusi (Khazanah, semua ada elaun dan saya tidak tahu.


"Lepas beberapa bulan masuk akaun dalam bank iaitu elaun mesyuarat, saya beritahu saya tidak ambil.


"Saya terpaksa pulangkan balik elaun Khazanah dan saya beritahu mesyuarat tadi jangan bayar elaun saya lagi selepas ini," katanya.


Melalui kehidupan susah


Menurut Anwar, beliau bekerja dengan bersemangat kerana pernah melalui kehidupan yang susah dan pengalaman itu mengajarnya untuk membantu semua rakyat di negara ini.


"Saya lalui cara hidup yang sangat susah dan derita. (Susah dan derita) mengajar saya, apabila ada kuasa cuba sebaik mungkin untuk membantu memperbaiki nasib rakyat.


"Sebab itu saya kata, saya bukan dari keluarga yang kaya dan saya tidak ambil gaji sebagai Perdana Menteri, kemudian ada orang kata tidak ambil gaji Perdana Menteri tapi ambil gaji sebagai Menteri Kewangan. Itu tidak betul," tambahnya.


Tidak mengejar kemewahan


Dengan apa yang dilakukan Anwar ini, terbukti beliau benar-benar ikhlas bekerja demi rakyat dan negara, bukan untuk mengejar kemewahan serta habuan.


Hanya orang yang tidak waras serta jiwanya rosak sahaja yang mempersendakan niat murni PMX ini. Yang sentiasa berlapang dada akan menerima tindakan PMX ini dengan rasa bangga dan sentiasa positif.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page