top of page

Tolak darurat, urus krisis ikut jalur Perlembagaan Persekutuan



Kenyataan Menteri Kanan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali mengenai 'darurat ekonomi' dilihat mendahului Majlis Raja-raja yang dijadual bersidang pada petang ini.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, apa sahaja yang cuba diistilahkan melunakkan tindakan darurat tidak boleh diterima akal rasional ketika sistem pentadbiran masih berjalan dengan baik.


Sedangkan apa berlaku, menurut Shamsul, negara kini diancam ketidakcekapan PN mentadbir, khususnya memerangi ancaman wabak Covid-19.


"Bagaimana mungkin rakyat boleh mengikuti gesaan Azmin bersatu di belakang kerajaan yang lemah ini?


"Kerajaan PN sudah tidak ada keabsahan. Rakyat dan majoriti wakil mereka di Parlimen tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keseluruhan Jemaah Menteri.


"Oleh itu, krisis keyakinan ini mesti diuruskan mengikut jalur Perlembagaan dan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Shamsul, Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut sekiranya seseorang Perdana Menteri tidak lagi memilikki majoriti maka beliau wajib meletak jawatan.


'Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.'


Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, mengadakan pilihan raya mengejut bukanlah pilihan yang wajar ketika wabak Covid-19 sedang melanda.


"Begitu juga, cadangan Proklamasi Darurat atau pembubaran Parlimen adalah langkah tidak bertanggungjawab. Cubaan mengisytiharkan Darurat oleh kerajaan yang tidak mendapat sokongan rakyat merupakan langkah diktator untuk terus mencengkam kuasa.


"PN tidak seharusnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ke dalam kancah krisis keyakinan rakyat terhadap mereka. Jangan terus cuba berpaut kepada kuasa," sinisnya.


Shamsul juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah ahli akademik bahawa pertukaran kerajaan tidak perlu dilakukan sehingga wabak Covid 19 reda.


Katanya, mempertahankan kerajaan PN yang lemah akan lebih memudaratkan rakyat.


"Penukaran Perdana Menteri dan kerajaan semasa wabak Covid-19 sedang melanda bukan sesuatu yang mustahil dilakukan. Ini ditunjukkan oleh Azmin dengan Langkah Sheraton beliau yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperolehi keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tindakan beliau menyembahkan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut kehendak undang-undang dan rasa tanggungjawab terhadap negara dan

rakyat Malaysia.


"Kini masanya untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengembalikan mandat rakyat dan membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page