top of page

Tol percuma 8, 9 Februari, keringanan sambut Tahun Baharu Cina



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kabinet bersetuju memberikan kemudahan tol percuma kepada semua kenderaan persendirian (Kelas 1) pada esok hingga 9 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma ini dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada pukul 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) hingga pukul 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) dengan implikasi kewangan dianggar berjumlah RM42.99 juta.


"Pengecualian tol diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.


"Tol percuma oleh kerajaan adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Alexandar berkata pelaksanaan pemberian tol percuma itu diharapkan dapat dimanfaatkan pengguna lebuh raya dengan merancang perjalanan sewajarnya dan dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan.


"Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta," katanya.


Tambah beliau, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan agar mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch 'n Go serta eWallet adalah mencukupi.


Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook : Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.


Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page