top of page

Tokoh politik 90 tahun wajib bersara, negara perlukan kestabilan

Updated: Jan 21



Sepanjang pergolakan politik Malaysia sejak era 1990an sehingga 2023 dapat dikesan tokoh yang sama memainkan peranan di belakangnya.


Menurut aktivis politik KEADILAN, Syed Badli Shah Syed Osman, tidak dapat dikesampingkan peranan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa krisis politik utama di negara ini sejak 25 tahun lalu.


Katanya pada usia emas Tun M, gugatan beliau telah menyebabkan kejatuhan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tun Abdullah Ahmad Badawi (2006), PM Najib Razak (2018) dan terbaharu cuba menggunakan pengaruhnya untuk mencabar pentadbiran PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kekacauan politik untuk tempoh 10 - 20 tahun ini datang dari orang yang sama.

"Saya berkali kali sebut sudah sudahlah. Sampai satu masa perlu rehat, bersara (wajib). Beri peluang kepada orang lain.


"Kalau ada campurtangan orang macam ini, menyebabkan kekacauan terus berlaku. Bila Datuk Seri Anwar telah stabil hari ini ada pula Langkah Dubai, Langkah London, Langkah Seremban. Macam macam langkah. Pusing balik (perancang) orang yang sama," katanya dalam forum bertajuk "Percaturan Langkah Tempang Masih Diteruskan" yang dihoskan oleh Datuk Seri Kamal Amir Kamal Hijaz, terbitan Ahf News & Media malam tadi.


Mengenai keputusan Presiden UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan dan kini cuba diputarbalikan oleh pembangkang untuk bersama mereka melakukan 'tebuk atap' pula, Syed Badli Shah berkata, Datuk Seri Zahid Hamidi mempunyai pertimbangan yang mulia dalam hal berkenaan, iaitu mengutamakan negara berbanding jawatan politik.


"Kalau kita lihat kerajaan PH tumbang (2020), ditubuhkan kerajaan tebuk atap. Di mana Datuk Seri Zahid waktu itu? Beliau bersama kumpulan ini membentuk kerajaan membawa kekuatan UMNO. Saya percaya harapan Zahid mahu bawa kestabilan politik. Tetapi kita lihat PM Muhyiddin Yassin membentuk kabinet masa itu, tidak mengikuti pandangan ketua ketua parti (terutama UMNO) atau pandangan pemimpin politik (kanan).


"Kesannya kerajaan yang didirikan oleh Muhyiddin masih goyang, kerana apa? Sebab pandangan pemimpin (kanan) tidak dihormati.


"Akhirnya negara jadi kacau bilau, politik tidak stabil. Terpaksa diundurkan Muhyiddin, naik Ismail Sabri. Akhirnya terpaksa dibubarkan terus (diadakan Pilihan Raya Umum ke 15).


(Selepas pilihanraya) Zahid memilih untuk bersama kestabilan. Dia pernah duduk dengan Muhyiddin dan kerjasama dengan Hj Hadi (Muafakat Nasional). (Namun) Zahid menilai pentingnya kestabilan. Boleh tak buat sekali lagi (bersama PN). Kali ini dia memilih Datuk Seri Anwar," katanya.


Menyifatkan Zahid mempunyai nasib hampir sama seperti Anwar, di mana Zahid tidak tunduk ketika Mahathir mahu UMNO dibubarkan pada 2018 dan kemudian beliau dikenakan pendakwaan terpilih 87 pertuduhan penyelewengan, Syed Badli berkata, gabungan dua mangsa penindasan itulah kini yang berjaya membentuk sebuah kerajaan yang stabil.


"Selama 421 hari (PMX memerintah) kita langsung tak dengar soal ketidakstabilan politik. Yang ada hari ini bloger pro-pembangkang kata kerajaan nak tumbang. Hakikatnya 19 parti bergabung dan kita stabil.


"Kerajaan boleh fokus membantu (memulihkan ekonomi) negara dan membantu rakyat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page