top of page

Tokoh ekonomi, ahli akademik penasihat Menteri Kewangan



Tokoh ekonomi dan ahli akademik tersohor hari ini dilantik sebagai penasihat Kementerian Kewangan.


Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 5 tokoh itu akan membantu beliau dalam memberi nasihat berkenaan ehwal kewangan negara.


"Badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.


"Selain Tan Sri Hassan, badan ini akan dianggotai Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi," kata kenyataan itu..


Tegas Anwar sebagaimana penasihat beliau sebelum ini, 5 individu tersebut juga akan berkhidmat secara sukarela dan tidak diberikan imbuhan.


"Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page