top of page

Titah Sultan Johor isyarat keyakinan Istana terhadap pentadbiran Anwar



Corak pemerintahan ditonjolkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja diterima baik oleh rakyat tetapi juga iktiraf istana, kata penganalisis politik, Dr Mazlan Ali dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur


Beliau berkata demikian merujuk titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memuji Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu baru-baru ini.

"Penzahiran Tuanku Sultan Ibrahim pastinya berdasarkan kepada sifat Tuanku sebagai ketua negeri dan Sultan bagi negeri Johor yang secara umumnya berperanan di dalam sistem federalisme, iaitu hubungan di antara Persekutuan dengan negeri.


"Dengan pengalaman luas dalam hal federalisme, sudah pasti kenyataan Tuanku Sultan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sudah berada pada satu landasan yang begitu baik dan mampu untuk kembali memacu pertumbuhan serta kemajuan negara," jelasnya.


Terdahulu, Sultan Ibrahim menerusi temubual dengan sebuah akhbar The Star menyifatkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Johor bertambah baik di bawah kepimpinan Anwar.


Malah menurut baginda, kerjasama itu adalah lebih baik berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


Sementara itu Mazlan ketika mengulas titah Sultan Ibrahim agar Kerajaan Perpaduan meneruskan usaha membersihkan perlakuan rasuah tanpa mengira sesiapa berkata, ia adalah atas keyakinan baginda terhadap keazaman dan konsisten Anwar melakukan 'reformasi' dan menentang rasuah sejak sekian lama.


"Saya percaya kenyataan Tuanku Sultan ini adalah atas keyakinan baginda terhadap keazaman, usaha-usaha dan tindakan yang dibuat oleh Anwar selaku Perdana Menteri dalam membersihkan negara daripada amalan rasuah dan memastikan tata kelola serta pentadbiran kerajaan yang lebih baik," katanya dipetik.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page