top of page

Tingkatkan toleransi, hormati perayaan keagamaan pelbagai kaum



Kerajaan Negeri Selangor akan terus berpegang kepada dasar bertoleransi kepada semua kaum dan agama.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tiada tempat fahaman sempit kaum atau keagamaan boleh berkembang di negeri ini. Katanya, semua rakyat akan kekal bebas menyambut perayaan agama masing masing.


"Walau rakyat di sini Melayu - Islam tetapi kita faham dasar dan rukun pertama negara kita, iaitu kepercyaaan kepada Tuhan. Bermakna kita memberi penghormatan kepada orang yang beragama.


"Saya berjanji selagi mana parti kita memerintah negeri ini, semua orang dalam negeri kita akan dijamin hak hak mereka untuk praktik kepercayaan agama masing masing," katanya dalam majlis Sambutan Hari Thaipusam 2023 di Batu Caves malam tadi.


Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua di mana acara perayaan Thaipusam terbesar di Malaysia itu berkata, sikap saling toleransi yang diamalkan di Malaysia sejak sekian lama harus dikekalkan dan ditambahbaik.


Katanya orang Islam faham keperluan penganut Hindu untuk merayakan Thaipusam dengan pergi ke kuil dan memecahkan kelapa, begitu juga orang Hinddu apabila Hari Raya Korban faham keperluan umat Islam untuk menyembelih ternakan.


"Kita semua faham satu sama lain, kita hormat menghaormati. Dalam fikiran kita, kita tahu perbezaan kita dan kita faham.


"Penganut Hindu perlu datang ke Batu Caves, perlu datng ke kuil pecahkan kelapa. Begitu juga orang muslim perlu menyembelih ternakan (Raya Aidiladha).


"Sebab itu negeri Selangor menjadi satu tempat semua tinggal. Saya tidak akan membenarkan sebarang nilai mana mana pihak yang pecahkan perpaduan," katanya.


Ke hadapan, kata Amirudin, dengan kestabilan Kerajaan Negeri maka tumpuan utama adalah mengembangkan ekonomi untuk kesejahteraaan rakyat.


"Kita sedang rancang negeri supaya kekal menyumbang KDNK yang besar. Tahun lepas sumbangan kita 24.8%, yang paling tinggi di Malaysia. Tahun lepas pendapatan negeri meningkat lebih setengah bilion ringgit dari sasaran. Kita jangka pendapatan RM2 bilion tetapi pergi ke RM2.5 bilion.


"Bila bekalan telur kurang, bekalan ayam kurang, kita ada Perbadanan Kemajuan Pertanian. Saya semak dalam akaun ada simpanan RM400 juta.


"Kita cadangkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER), kurang telur kita tambah telur, kurang ayam kita jual ayam harga murah.


"Kita dapat bantu lebih 1.5 juta keluarga dalam JER," katanya.


MB juga berharap politik perkauman dan mengutamakan satu satu kaum sebagaimana dipropagandakan pembangkang tidak akan berkembang di Selangor.


Katanya, penduduk Selangor seharusnya menerima pemimpin dari kaum berlainan dan saling perlu memerlukan.


"Semanjak 2008 saya sebagai Adun Batu Caves tidak pernah gagal anjurkan sambutan Thaipusam untuk masyarakat India. Malah pusat khidmat saya di Sungai Tua turut membantu beberapa perkara termasuk membesarkan jalan dan menyediakan jalan alternatif, termasuk pembawa kavadi.


"Pada 2008 ramai rasa curiga selepas 10 tahun kawasan Batu Caves wakil rakyatnya bukan dari masyarakat india. Tetapi kita buktikan di bawah kerajaan yang ada hari ini pentadbrian kita bukan melihat warna kulit, keturunan, kepentingan parti politik," katanya.


Menurut MB lagi, 96 sekolah kebangsaan tamil di Selangor mendapat bantuan kerajaan negeri. malah peruntukan itu ditingkatkan daripada RM8 juta kepada RM26 juta.


Oleh itu, katanya, amat perlu rakyat mengekalkan kerajaan Selangor yang ada hari ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page