top of page

Tingkatkan subsidi upah kepada RM1,200 atau PKS akan merana - Chean Chung


Program subsidi upah yang diumumkan kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown kali ini dianggap tidak mencukupi bagi menampung kehilangan pendapatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk sebulan.


Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menambah amaun subsidi upah daripada RM600 yang diumumkan kepada jumlah yang lebih relevan untuk menampung kekurangan hasil PKS sepanjang bulan Jun.


"‘Total Lockdown’ yang sepatutnya tamat pada 14 Jun telah dilanjutkan untuk dua minggu lagi. Walaupun perlanjutan PKP sangat penting bagi menangani jumlah kes Covid-19 harian yang melebihi 5000 kes setiap hari, tetapi saya khuatir industri bagi kategori bukan dalam perkhidmatan perlu, terutamanya PKS tidak dapat lagi terus bertahan.


"Berbanding dengan tempoh sama pada tahun 2020, industri peruncitan di Malaysia mencatat kadar pertumbuhan negatif sebanyak 9.9%. Laporan Industri Peruncitan di Malaysia juga menyatakan harapan pemulihan dalam jualan semakin malap selepas kes Covid-19 harian baru-baru ini mencecah rekod baru.


"Kerajaan PN yang telah mengumumkan perlaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) sebanyak RM600 untuk sebulan sebelum pengumuman perlanjutan 14 hari PKP 3.0. Bagaimanapun, jumlah subsidi tersebut adalah tidak mencukupi sekarang kerana kebanyakan PKS perlu bertahan selama 14 hari lagi tanpa sebarang pendapatan," kata Chean Chung dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Semambu itu, PKS kini terpaksa menghadapi kekurangan jualan sebelum lockdown dan kini ketiadaan pendapatan untuk sebulan.


Oleh itu, beliau mencadangkan agar amaun subsidi upah ditambah kepada RM1,200 bagi bulan Jun. Hal itu, katanya, untuk mengimbangi ketiadaan pendapatan dan kos selain gaji yang perlu ditanggung PKS.


"Sebagai contoh, satu peruncit tempatan yang berjenama mempunyai 20 cawangan dengan setiap cawangan mempunyai 6 pekerja dengan purata gaji bulanan setiap pekerja adalah sebanyak RM 1800.


"Selepas tolak subsidi upah sebanyak RM 600, peruncit tempatan masih perlu menanggung beban tambahan sebanyak RM 144,000 tanpa sebarang pendapatan bagi penutupan selama 4 minggu atau sebulan ini.


"Jangan lupa, ia hanya kos minimum kerana tidak termasuk pekerja pentadbiran, pekerja logistik dan kos operasi pejabat serta kos kewangan yang lain.


"Melihat kepada prospek yang amat mencabar dan kerapuhan PKS, saya menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meningkatkan Program Subsidi Upah (PSU) kepada RM 1200 sekurang-kurangnya kepada sektor yang bukan perkhidmatan perlu untuk melindungi pekerjaan dan perusahaan tempatan," katanya lagi.


Tambah Chean Chung, peningkatan amaun tersebut adalah wajar dan setara dengan amaun yang dikeluarkan pada PSU 1.0 pada tahun lepas.

Pada asasnya, kata beliau, Kerajaan PN harus mengakui kegagalan mereka yang menyebabkan berlaku gelombang jangkitan kedua dan ketiga serta melaksanakan tindakan pampasan yang sepatutnya. Jangan menjadikan PKS dan pekerja-pekerjanya sebagai satu-satunya mangsa dalam menangani krisis kali ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page