top of page

Tingkat advokasi keselamatan untuk murid - Fadhlina



Semua pihak wajar memainkan peranan menyampaikan advokasi atau nasihat keselamatan bagi memastikan keselamatan murid-murid sekolah.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat gesaan itu mengulas insiden jeti roboh di Pulau Pababag, Semporna, Sabah, yang membabitkan 25 murid serta guru.


"Yang ingin saya tegaskan adalah isu keselamatan, ini kita tak kompromi baik guru atau anak murid.


"Jaket keselamatan sememangnya sudah disediakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk murid yang menggunakan laluan air ke sekolah, ia mesti digunakan.


"Advokasi ini juga mesti berlaku di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka pergi ke sekolah dengan selamat.


"Kita minta dan pohon supaya advokasi dilakukan semua pihak supaya saling mengingati satu sama lain kerana isu keselamatan demi nyawa anak-anak kita dan guru ke sekolah," katanya.


Ketua Wanita KEADILAN itu sebelumnya hadir merasmikan Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 2023 di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Dalam kejadian jam 6.45 pagi Isnin lalu, dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag mengalami kecederaan ringan pada bahagian bibir dan tangan kerana terkena runtuhan simen dan kayu yang roboh


Tiga guru terpaksa terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh ketika itu


Susulan kejadian itu, Kerajaan Persekutuan segera meluluskan peruntukan RM400,000 bagi membina semula jambatan dan jeti Pulau Pababag yang roboh pada Isnin.


Manakala menurut Fadhlina, pihak kementerian sedang melihat laluan alternatif yang selamat untuk digunakan murid-murid terbabit untuk ke sekolah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page