top of page

Tindakan tegas perlu buang 'duri dalam daging'




Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang, Fuziah Salleh berpendapat tindakan tegas Lembaga Disiplin menggantung atau memecat keahlian anggota KEADILAN adalah wajar, dan bukannya penyebab parti bergolak sebagaimana dakwaan beberapa pihak.


Menurut beliau, sebagai antara anggota terawal KEADILAN dan ikut mengasaskan parti pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, hakikat yang perlu diakui adalah disiplin anggota agak longgar sejak dua dekad lalu.


Katanya, pengkhianatan pada Februari lalu yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) merupakan satu pengajaran berguna agar anggota meningkatkan disiplin bagi menyatupadukan parti demi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.


"Saya ingin menegaskan parti kita selama ini memang agak longgar dari segi disiplin. Sebab itu ramai yang ketaatan mereka tidak begitu kuat kepada parti (dan terdapat pemimpin) mengambil kesematan dalam keadaan tersebut.


"Saya kira jika parti mahu ke hadapan kita harus bertindak tegas. Seperti seorang anak yang nakal maka ibu bapa tidak harus takut melaksanakan tindakan disiplin. Ianya dilakukan dengan kasih sayang bagi membentuk parti yang lebih kuat. Jadi apa yang berlaku, ahli-ahli yang dipecat, ahli yang digantung, saya kira itu satu tindakan yang diterima baik oleh ahli akar umbi.


"Ia ibarat membuang duri dalam daging. Apabila ada duri memang badan rasa sakit. Tetapi sekarang ini ahli akar umbi berasa lega kerana duri tiada lagi dan badan kembali sihat.


"Begitulah ibaratnya parti kita, yang akan lebih kuat dan bersatu, supaya selepas ini kita boleh (lebih berdaya tahan) berhadapan dengan musuh sebenar," katanya.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page