top of page

Tindakan segera selesai isu pembuangan sampah haram di DUN Sentosa



Tapak pembuangan sampah haram menjadi masalah di kawasan sub bandar dan bandar yang terdapat permintaan untuk melupuskan sampah secara murah tetapi tanpa kebenaran.


Sehubungan itu, Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa baru baru ini dengan kerjasama pihak penguat kuasa telah berjaya menutup satu tapak pelupusan sampah haram setelah menerima aduan orang ramai berkenaan aktiviti pembakaran terbuka yang mengganggu penduduk.


Menurut kenyataan Pejabat ADN Sentosa, hasil siasatan mendapati tapak pelupusan itu telah dioperasikan oleh individu yang mempunyai rekod polis sebelumnya.


"Suspek giat menjalankan pembuangan dan pembakaran sampah haram kebelakangan ini


"Operasi bermula selepas mendapat info melalui penduduk, selepas penjaga kawasan sampah haram masuk ke lokasi (tapak pembuangan) melakukan kegiatan pembakaran yang melibatkan sampah plastik, sisa perubatan, sampah domestik dan pukal," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, selepas penangkapan suspek, beliau mengaku telah melakukan kegiatan tersebut dengan mengambil upah RM100 - RM150 dari lori yang mengambil jalan mudah melupuskan sampah secara haram di tapak berkenaan.


Hasil siasatan juga mendapati beberapa bahan kimia seperti Methyl Methacylate turut dibuang di kawasan tersebut.


Bahan itu boleh menyebabkan batuk, kesesakan nafas dan boleh membahayakan paru paru jika dihidu penduduk sekitar.


"Bomba telah dipanggil untuk memadamkan kebakaran


"Manakala pihak penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang telah menyaman suspek dengan kadar maksimum RM1,000 serta menyita kawasan terbabit," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page