top of page

Tindakan pembersihan perniagaan warga asing di KL tegas - Dr Zaliha



Oleh: Abdullah Zaid


Polisi Kerajaan Madani tidak membenarkan warga asing menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur tegas dikuatkuasakan.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam dalam Majlis Aspirasi 2024: Bersama Memacu Wilayah Persekutuan Sejahtera, pagi tadi.


Menurut beliau, pihaknya mengambil maklum keresahan warga kota sebelum ini apabila banyak warga asing menjalankan perniagaan secara tidak dibenarkan undang undang dan terdapatnya papan tanda perniagaan dalam tulisan asing sehingga beberapa penjuru Kuala Lumpur kelihatan seolah olah di pusat bandar Bangladesh atau Myanmar.


Berkongsi pengalamanya, Dr Zaliha berkata, operasi pertama yang dijalankan sejak beliau memegang jawatan adalah di Jalan Silang, Kuala Lumpur yang melibatkan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


"Sebelum operasi saya mendengar taklimat sendiri daripada pihak DBKL dan pihak polis bagi penjelasan lanjut.


"Setelah masalah dikenal pasti, baru kita mengambil tindakan dengan mengarahkan pihak berkuasa melakukan serbuan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga tanpa lesen," katanya.


Jelas beliau, selain gerai tanpa lesen, kesalahan iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing dan lain-lain kesalahan am turut diambil tindakan oleh pihak berkuasa.


"Tindakan jelas yang melanggar garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa ini kita telah diambil tindakan," katanya.


Oleh itu, Dr Zaliha berkata, pihak kementeriannya sedang memperhalusi penyelesaian terbaik bagi membendung lambakan warga asing.


Beliau juga katanya, mengambil pendekatan inklusif dengan menghidupkan semula Majlis Menteri Wilayah yang dianggotai Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan wakil DBKL untuk membantu Jabatan Wilayah Persekutuan merangka pembangunan ibu kota yang lebih baik.


"Saya lihat pendekatan inklusif ini benar benar membuka ruang semua pihak untuk menyelesaikan masalah-masalah tertangguh selama ini.


"Oleh itu, saya yakin kerjasama ini pastinya akan menghasilkan pencapaian yang membanggakan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page