top of page

Tindakan Dr Zaliha tepat, tuduhan pemimpin Pas Selangor tersasar



Seorang pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas dakwaan Ketua Pemuda Pas Selangor yang disiarkan lidah rasmi Pas mendakwa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebagai seorang pemimpin yang lemah.


Ahmad Fazley Abdul Hafiz yang juga Setiausaha AMK Pulau Pinang berkata, dakwaan oleh Sukri Omar yang disiarkan Harakahdaily terhadap Dr Zaliha itu berniat jahat dan berunsur peribadi bagi menjatuhkan kredibiliti menteri berkenaan.


Merujuk kepada dakwaan Sukri mengenai isu peruntukan generasi penamat rokok (GEG) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, Ahmad Fazley berkata, pemimpin Pas itu jauh tersasar daripada perkara sebenar.

Ahmad Fazley Abdul Hafiz

"Dr Zaliha berulang kali menyatakan bahawa peruntukan GEG ini tidak digugurkan secara total, namun akan dilihat semula sekiranya perlu, memandangkan terdapat perbezaan pandangan perundangan berkenaan hal itu.


"Namun begitu, RUU tanpa peruntukan GEG dan dimasukkan peruntukan berkenaan orang belum dewasa dalam mengawal bahan merokok termasuk vape dan rokok elektronik perlu disegerakan bagi mengatasi kelompangan undang-undang yang berlaku.


"Adakah Ketua Pemuda Pas ini menginginkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun boleh menghisap vape tanpa kawalan? RUU yang dibentangkan tempoh hari akan mengawal perkara ini daripada berlaku," katanya dalam kenyataan.


Melalui kenyaaan sama, Ahmad Fazley turut melahirkan rasa kecewa atas tuduhan Sukri Omar yang menyatakan bahawa Skim Perubatan MADANI hanya menambah keuntungan sistem kesihatan swasta.


"Untuk makluman Ketua Pemuda Pas Selangor, model kerjasama awam-swasta yang diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan ini bukan sahaja mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan, malah meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah khususnya B40.


"Melalui skim ini, sebanyak RM 250 untuk sebuah keluarga, dan RM 75 untuk golongan bujang diperuntukkan oleh Kerajaan, dan ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada golongan ini.


"Adakah pendirian Pemuda Pas Selangor tidak bersetuju untuk Kerajaan meringankan beban golongan ini untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang baik melalui skim ini?" soalnya.


Sehubungan itu, beliau menggesa Sukri Omar supaya tidak hanya melihat sesuatu yang dilaksanakan kerajaan dari sudut pandang yang cetek, tetapi perlu dilihat dalam skop yang luas.


Beliau turut menggesa pembangkang bersikap profesional dalam menilai prestasi kerajaan dan memberi cadangan yang lebih bersifat kritikal demi kepentingan rakyat.


"Saya beranggapan kenyataan yang dibuat adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi Menteri Kesihatan semata-mata," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page