top of page

Tindakan Ahli Parlimen culas hadir dewan dipertimbangkan



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bakal mengambil langkah lebih ketat bagi memastikan Ahli Parlimen hadir menghadiri sesi mesyuarat Dewan Rakyat.


Tegasnya, langkah itu perlu memandangkan Ahli Parlimen mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili.


"Ada cadangan termasuk daripada bekas Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang mahu Peraturan Mesyuarat Parlimen dipinda untuk memudah cara pelaksanaan tindakan sedemikian.


"Saya rasa ia adalah agak wajar kerana pada masa sekarang kami tidak ada peraturan itu, bermakna Ahli Parlimen tidak ada kekangan melakukannya. Selepas hadir buat seketika, mereka belah (beredar), ini tidak adil.

"Tetapi saya perlu melihat pada aspek perundangan sama ada ia boleh atau tidak, tetapi bagi saya secara peribadi sudah tentu ia wajar.


"Cuma sekali lagi seperti saya katakan saya perlu melihat kepada mekanisme dan undang-undang termasuk Peraturan Mesyuarat sama ada ia dibenarkan atau tidak," kata beliau dipetik dalam satu perjumpaan tidak rasmi bersama sekumpulan pengarang dan wartawan kanan dengan ahli politik dan pembuat dasar utama semalam.


Pada 29 Ogos lepas, Johari dilapor mencetuskan idea untuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka tidak hadir ke sesi sidang Parlimen sebagai satu langkah mencegah ketidakhadiran dalam kalangan mereka.


Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat itu kadang-kadang Ahli Parlimen tidak hadir selama beberapa hari tetapi beliau tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan walaupun mereka dibayar RM500 sebagai elaun harian.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page