top of page

Timbalan SUA baharu lafaz iltizam kukuh perjuangan parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN yang baharu dilantik, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) semalam menzahirkan penghargaan dan iltizam untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya oleh kepimpinan tertinggi parti sebaik mungkin.


Menerusi satu kenyataan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu turut merakamkan penghargaan sama kepada Naib Presiden merangkap mentor-nya, Datuk Seri Amirudin Shari.


"Alhamdulillah, terima kasih peluang kerjasama untuk saya dan tiga rakan sejawatan yang lain dalam sama-sama berusaha untuk kekuatan parti," katanya.


Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN menerusi satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan pelantikan strategik anggota majlis tertinggi itu sebagai persediaan menghadapi tempoh politik yang semakin mencabar.


Selain Saifuddin, turut dinamakan sebagai Timbalan Setiausaha Agung ialah Aidi Amin Yazid, Bryan Ng Yih Miin, dan Sivamalar Genapathy.


Ketua KEADILAN Sarawak, Roland Engan juga dilantik bagi melengkapkan senarai Naib Presiden yang turut disertai Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Aminuddin Harun, Chang Lih Kang dan Datuk Seri R Ramanan yang telah dipilih dalam Pemilihan KEADILAN 2025 lalu.


Mengulas peranan baharunya, Saifuddin menyifatkan hal itu bukan sekadar satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya, tetapi asas kepada pembinaan akauntabiliti dalam perjuangan parti.


"Tanggungjawab adalah asas kepada hala tuju sebuah akauntabiliti dan kesanggupan untuk menggalas kesan daripada sesuatu tindakan. Ia bukan sekadar beban, namun juga pemangkin kepada pemantapan kendiri dan organisasi," jelasnya.


Mengakhiri kenyataan, beliau memohon doa agar seluruh saf kepimpinan baharu dipermudahkan urusan dalam mengangkat martabat KEADILAN sebagai wadah perjuangan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page