top of page

Timbalan Presiden Otai Reformis 98 dituduh semula di Mahkamah Sesyen



Timbalan Presiden Otai Reformis 1998, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dituduh semula di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan biarpun Mahkamah Majistret telah membebaskannya sebelum ini.


Menurut Setiausaha NGO Otai Reformis 98, Razak Ismail (gambar bawah, dua dari kiri), Mustapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah 4 (Siber) Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000.


"Mustapa telah dihadapkan ke mahkamah Majistret atas tuduhan sama tahun lepas dan mahkamah mengarahkan beliau 'dilepaskan tanpa dibebaskan'. Semalam beliau dituduh semula di Mahkamah Sesyen pula.


"Mustapa dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000. Saya sebagai Setiausaha Otai Reformis telah menjamin beliau," katanya kepada Suara Keadilan.


Mustapa sebelum ini terkenal sebagai Youtuber yang sering membangkitkan isu-isu semasa mengkritik kerajaan Perikatan Nasional.


Beliau dituduh di bawah Seksyen 505 (b) dalam salah satu siaran langsung Facebook yang mempertikaikan peranan pihak berkuasa membiarkan lambakan pendatang tanpa izin di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur pada 2020 lalu.


Pengerusi Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia itu juga terkenal dalam menggerakkan beberapa siri 'Memorandum Rakyat' menolak perisytiharan darurat yang dihantar ke Istana Negara dan kepada ketua-ketua negeri, baru-baru ini.








0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page