top of page

Timbalan Menteri digesa kuasai kerangka pemikiran Madani



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua Timbalan Menteri menguasai kerangka pemikiran dan dasar-dasar di bawah gagasan Madani.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, anggota pentadbiran perlu bergerak di luar kerangka pendekatan lampau yang hanya menumpukan pada urusan kementerian sendiri semata-mata.


"Sebaliknya semua jentera kementerian dan agensi perlu menyokong antara sama lain dengan membantu memberi penjelasan kepada rakyat terhadap apa jua isu berbangkit, sekali gus bertindak sebagai satu pasukan dengan semangat perpaduan yang sebenar," katanya.


Anwar sebelumnya menyampaikan amanat dan dialog di Permukiman Timbalan-Timbalan Menteri di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Kuala Lumpur.


"Saya turut sambut baik beberapa pandangan dan cadangan disuarakan beberapa timbalan menteri yang berkobar-kobar mahu memastikan kebajikan rakyat terbela dan negara dilimpahi kemakmuran.


"Saya punya harapan besar untuk melihat siri-siri permukiman membabitkan pimpinan tertinggi Kerajaan ini akan mencetus perubahan terhadap gerak kerja Kerajaan MADANI yang lebih berkesan dalam usaha mengangkat negara ini ke tingkat tertinggi," katanya sebagai mengulas sesi pemukiman tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page