top of page

Timb presiden: 'Pertembungan antara yang terbaik dan terbaik, tidak akan berlaku perpecahan'



Pihak yang berasa runsing akan kesan Pemilihan KEADILAN 2022 kepada parti serta prestasi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 tidak perlu terlalu khuatir pemilihan akan menyebabkan perpecahan.


Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syukri Razab, tidak akan berlaku perpecahan dalaman susulan pemilihan kali ini sebagaimana pemilihan 2018.


Katanya, pemilihan 3 tahun lalu adalah pertembungan antara yang baik dan yang jahat, sedangkan kali ini berbeza.


"Pertemuan Rafizi - Azmin itu lebih kepada pertembungan jahat dan baik. Itu sangat jelas.


"Dalam pertembungan itu saudara Azmin pula adalah menteri kanan, manakala Rafizi orang biasa tak ada jawatan parlimen. Bertembung menteri kanan yang sekian lama membina pengaruh. Itu proses pelajaran dalam KEADILAN dan kemudian berlaku pengkhianatan


"Pada saya perpecahan bukan kerana pertembungan itu tetapi secara alami. Azmin tersingkir secara alami kerana perbuatannya tidak sinkronis dengan perjuangan KEADILAN.


"Saya tak merasa pertembungan Rafizi dan Saifuddin kali ini akan berlaku perpecahan. Anggota faham tidak ada di antara dua tokoh ini yang korup. Saya tak melihat akan berlaku perpecahan," katanya dalam forum maya dialektika bertajuk "Politikopi: Survival Legasi Anwar", malam tadi.


Menyentuh mengenai tradisi cai, Syukri tidak menganggapm perbuatan tersebut salah. Cuma katanya, kebanyakan ahli KEADILAN adalah matang dan tidak akan memilih pemimpin berdasarkan cai semata mata tanpa melihat prestasi mereka.


"Dalam soal cai ini tak berdosa. Tak salah tetapi ada pro dan kontra dalam menetukan pemimpin. Benda itu orang menilai dan kita perlu bertanggungjawab untuk memilih orang berkualiti untuk memimpin. Paling penting kita percaya anggota KEADILAN tidak ikut cai. Mereka akan pilih pemimpin yang bagus, ada prestasi dan mereka akan undi.


"Soal cai tak cai bukan soal pemberat yang perlu dirundingkan," katanya.


Manakala ditanya apakah Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan dan perlu meminpin parti, Syukri berkata hal itu diakui oleh semua pimpinan serta anggota biasa KEADILAN akan kewibawaan presiden terutama untuk menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke 15.


Katanya, tidak adil Anwar dibandingkan dengan supremo DAP Lim Kit Siang yang telah berundur atau Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan tidak akan bertanding dalam PRU depan.


"Sebenarnya bagi saya, kita perlu berlaku adil dalam pertimbangan ini.


"Lim berumur 81 tahun, Anwar 74 tahun. 8 tahun dalam penjara. Beliau dinafikan untuk melakukan sesuatu dalam keadaan beliau Menteri Kewangan terbaik, dalam waktu beliau Menteri Pendidikan pula banyak membantu pendidikan Islam di negara kita, sistem kewangan Islam namun diambang jadi PM beliau disumbat dalam pejara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page