top of page

TikTok dipanggil ke Bukit Aman, lewat beri kerjasama tangani berita palsu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Datuk Fahmi merasmikan Persidangan Grand Prix Kecerdasan Buatan (AI) 2025 di Kuala Lumpur hari ini
Datuk Fahmi merasmikan Persidangan Grand Prix Kecerdasan Buatan (AI) 2025 di Kuala Lumpur hari ini

Oleh: Helmi Foad


Kementerian Komunikasi memanggil pihak pengurusan tertinggi TikTok ke Bukit Aman esok bagi membincangkan isu kelewatan platform media sosial itu untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa membabitkan kes jenayah siber dan penyebaran berita palsu.


Menterinya Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu jelas berlaku antaranya kes seorang “doktor palsu” baru-baru ini sehingga pihaknya terpaksa menghubungi pihak pengurusan tinggi TikTok bagi menggesa syarikat berkenaan agar segera memberikan maklumat kepada pihak polis.


"Kita dapati banyak isu, terutama penyebaran berita palsu, pihak TikTok mengambil masa terlalu lama untuk memberi kerjasama kepada polis.


"Dalam kes terkini membabitkan doktor atau pakar bedah palsu, TikTok lambat memberikan maklumat kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Grand Prix Kecerdasan Buatan (AI) 2025 di Kuala Lumpur hari ini.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan Penolong Naib Presiden Kanan dan Editor Eksekutif Astro Awani, Hafidah Samat sebagai moderator.


Fahmi berkata, pertemuan TikTok dengan Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara itu merupakan pertama kali diadakan sebelum kerajaan memanggil platform media sosial lain bagi tujuan sama.


Jelasnya pertemuan itu juga akan membincangkan aduan terhadap TikTok Shop, susulan aduan pelanggan sering menerima barangan tidak menepati pesanan.


"Kita tidak mahu orang beli satu barang di platform itu tetapi yang diterima adalah barang lain," katanya.


Tambah beliau syarikat Meta juga akan dipanggil selepas ini kerana isu sama turut dikesan di platform miliknya.


"Kita dapati banyak masalah seperti pedofilia dan kes membabitkan pelajar tersebar melalui WhatsApp dan Facebook," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page