top of page

Tiga tahun Kerajaan Perpaduan negara kekal stabil, makmur, berintegriti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menampilkan kepimpinan yang stabil dan berprinsip dalam membawa Malaysia keluar daripada ketidaktentuan global serta mengukuhkan keyakinan rakyat dan pelabur genap tempoh tiga tahun pentadbirannya pada November 2025 lalu.


Pengarah Strategi KEADILAN Johor, Prakash Maniam berkata, rakyat dapat melihat dengan jelas kesan pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat, memperkukuh ekonomi dan memastikan setiap dasar dilaksanakan dengan tertib serta berfokus.


"Hari ini rakyat dapat menyaksikan hasil pemerintahan yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, memulihkan struktur ekonomi dan mengembalikan keyakinan dunia terhadap Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan.


Prakash yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tebrau berkata, kestabilan harga barangan asas seperti beras, minyak masak dan ayam merupakan bukti nyata keberkesanan langkah pentadbiran dalam mengatasi kekacauan harga yang berlaku pada era kerajaan Perikatan Nasional sebelumnya.

Prakash Maniam
Prakash Maniam

"Langkah teratur kerajaan dalam memperketat penguatkuasaan harga, menambah baik rantaian bekalan, memperluas sumber import dan memperkukuh pengeluaran tempatan memberi kesan langsung kepada setiap isi rumah," kata beliau sambil menambah bahawa subsidi bersasar turut memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.


Beliau berkata kerajaan juga menunjukkan komitmen dalam menegakkan integriti yang menurutnya menjadi asas paling penting dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar.


"Kerajaan tidak berkompromi soal rasuah. SPRM diperkasa tanpa campur tangan politik dan semua proses perolehan dipastikan mengikut tatakelola ketat. Tiada sesiapa terkecuali apabila melibatkan soal integriti," katanya.


Dalam pada itu, Prakash menjelaskan keyakinan global yang semakin meningkat terhadap Malaysia turut terbukti melalui kemasukan pelaburan asing bernilai tinggi dalam sektor seperti semikonduktor, tenaga hijau, teknologi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.


"Pelabur kembali kerana mereka melihat kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas dan komitmen kerajaan terhadap pentadbiran bersih," katanya sambil menyatakan pelaburan tersebut selaras dengan agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.


Beliau berkata Malaysia kini berada pada landasan yang lebih kukuh berbanding tiga tahun lalu dengan asas sosial, ekonomi dan institusi yang semakin stabil.


"Kerajaan Perpaduan telah memberikan kestabilan, integriti dan keyakinan baharu kepada Malaysia," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page