top of page

Tiga pesanan Nurul Izzah demi masa hadapan KEADILAN



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Kerinduan untuk mendengar ucapan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar terubat apabila Naib Presiden KEADILAN itu tampil menyampaikan ucapan penuh bertenaga pada Kongres Nasional KEADILAN 2023, Ahad lalu.


Figura yang amat disayangi khasnya di kalangan anggota KEADILAN tersebut telah mengariskan 3 perkara penting yang perlu dilaksanakan parti susulan kejayaannya kini menerajui Kerajaan Perpaduan.


Pertama, kata beliau ialah melaksanakan post-mortem pasca Pilihan Raya Umum ke 15 bagi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki, selain untuk melahirkan kesatuan yang lebih utuh dalam parti.


Kejayaan menjadi kerajaan, tambah beliau, tidak seharusnya membuatkan anggota parti terus berpuas hati.


"Masa silam membayangi masa depan, maka belajarlah dari masa silam agar kita dapat menjamin masa depan yang lebih baik," ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di kongres tersebut.


Perkara kedua, tambah Nurul, ialah perlunya mengekalkan rasa empati dalam perjuangan.


"Dalam sejarah perjuangan KEADILAN, perasaan empati itulah yang memainkan peranan memastikan parti kekal relevan memperjuangkan keadilan buat rakyat.


"Cabaran kita saat ini adalah untuk menterjemahkan sifat empati itu agar ia menjadi dasar dan juga polisi," tegas mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.


Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya berkata perkara ketiga ialah perlunya parti meneruskan dasar dan usaha awal dalam menyediakan perlindungan sosial serta dasar yang holistik, terutama dalam aspek memperkasa wanita dan membantu mereka yang ingin kembali bekerja.


"Jangan kita persiakan setiap nikmat, setiap saat yang ada dan jangan anggap kemenangan adalah milik kita sentiasa.


"Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga," tegasnya.


Beliau mengakhiri ucapan dengan mesej tentang harapan. For hope, is ever lasting.


Memetik ungkapan penyair Palestin terkenal, Mahmoud Darwish:


“We Palestinians suffer from an incurable disease called “hope”.

Hope for liberation and independence.

Hope for a normal life where we shall be neither heroes nor victims.

Hope to see our children go to school without danger.

Hope for a pregnant woman to give birth to a living baby, in a hospital, and not to a dead child in front of a military control post.”


Untuk rekod, Kongres Nasional KEADILAN 2023 telah berlangsung selama dua hari di PICC, Putrajaya.


Kongres yang mengangkat tema 'Memaknai Reformasi Menjulang Madani' itu dihadiri oleh perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page