top of page

Tiga NGO Islam berseminar ke arah 'Peradaban Madani, Anjakan Global'



Tiga pertubuhan Islam utama negara Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) hari ini menganjurkan Seminar Nasional Peradaban Madani bersempena Ijtimak Harakiy Kebangsaan WAP ke-7 di The Everly Hotel, Putrajaya.


Menurut Pengerusi Ijtimak Harakiy Kali ke-7 WADAH-ABIM-PKPIM, Azizuddin Ahmad, Program yang dirasmikan oleh Menteri Luar Negeri, Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tersebut dianjurkan dengan hasrat mendukung agenda Malaysia Madani yang telah diangkat sebagai dasar Kerajaan Malaysia sejak setahun lalu.


Menurut beliau, mantan pimpinan ABIM, Dr Zambry dalam pidatonya menekankan soal cabaran kesiapsiagaan terhadap zaman pascanormal dalam membawa Islah dalam masyarakat dan menyebarluaskan Madani ke tengah masyarakat.


"Beliau memetik pandangan Almarhum Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil (bekas Presiden WADAH) berkenaan kepentingan peranan kaum pemikir dalam mendidik dan menggerakkan masyarakat berdasarkan risalah Nabi Muhammad SAW.


"Bertemakan "Peradaban Madani Kebangkitan Nusa & Anjakan Global", seminar ini turut dilatari dengan sambutan setahun pasca penubuhan kerajaan Perpaduan Malaysia.

"Penganjurannya tepat dalam memperkukuh usaha merealisasikan agenda Malaysia Madani seterusnya mengangkat tamadun Khayra Ummah," katanya dalam kenyataan.


Pemimpin NGO Islam utama malaysia berseminar memperteguh agenda Madani dalam kalangan rakyat

Program tersebut, ujar Azizuddin, turut dihadiri para tetamu dalam dan luar negara dan menyaksikan Datuk Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) dan Saudara Ahmad Farhan Rosli (Presiden PKPIM) menyampaikan ucapan dasar masing-masing.


Peserta menyatakan solidariti kepada perjuangan kemerdekaan Palestin

"Ketiga-tiga Presiden WAP menekankan perlunya wujud kesediaan untuk saling berdialog, berinteraksi dan belajar dari kearifan di sekeliling kita.


"Diharapkan tatkala kita memartabatkan agenda Madani ke peringkat antarabangsa, kita juga meletakkan nilai-nilai murni Islam untuk berperanan sebagai peneraju pendekatan wasatiyyah dalam pengamalan hidup bersama dalam budaya damai (peaceful coexistence)," katanya lagi.


Justeru, Azizuddin bagi pihak WADAH-ABIM-PKPIM berharap semoga gagasan Malaysia Madani dapat menghasilkan kejayaan dalam membina sebuah peradaban yang gemilang di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page