Tiga matlamat utama realisasikan Malaysia jadi negara AI
- Suara Keadilan
- 8 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Kementerian Digital menekankan tiga matlamat utama dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.
Menterinya, Gobind Singah Deo (gambar) berkata, matlamat pertama adalah menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi AI serantau.
Seterusnya kata Gobind adalah membangunkan produk perkhidmatan yang dibuat oleh Malaysia.
''Matlamat ketiga ialah memastikan pembangunan AI dilaksanakan secara inklusif dan mampan.
''Bagi mencapai aspirasi ini, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) meletakkan lima elemen pembangunan utama iaitu membangunkan dasar yang berpandangan jauh.
''Elemen kedua ialah memperkukuhkan ekosistem bakat, memperkukuhkan kepercayaan digital, membangunkan infrastruktur data dan digital generasi baharu.
''Elemen terakhir pula ialah menarik pelaburan berkualiti tinggi. Bagi mencapai hasrat itu, Kementerian Digital akan memacu pembinaan negara atas lima fokus utama berkenaan,'' katanya ketika menggulung perbahasan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.