top of page

Tiga lagi tapak tanah lembap dicadangkan di Sabah, Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 19, 2024
  • 2 min read


Kerajaan mencadangkan tiga lagi tapak Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) yang baharu iaitu Semenanjung Klias di Sabah dan Loagan Bunut serta Sarikei di Sarawak.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya dalam proses menyediakan dokumen bagi pencalonan lokasi tapak tersebut sebelum pengiktirafan diperoleh dalam tempoh satu atau dua tahun.


"Selain itu, kita juga mempelawa negeri lain untuk menawarkan tapak lain untuk dicalonkan sebagai Tapak Ramsar kerana mereka (Kerajaan Negeri) mungkin lebih arif dan maklum tentang kawasan mereka.


"Kementerian sedia membantu Kerajaan Negeri dan kita boleh berkongsi secara teknikalnya kriteria untuk melayakkan sesuatu kawasan dicalonkan sebagai Tapak Ramsar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2024 di Tapak Ramsar Tasek Bera hari ini.


Kali terakhir Tapak Ramsar didaftarkan ialah pada 2017 iaitu Kota Kinabalu Wetlands di Sabah menjadikan jumlah keseluruhannya setakat ini ialah tujuh iaitu Tasek Bera, Pahang pada 1994; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai di Johor (2003); Kuching Wetlands National Park di Sarawak (2005) dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands di Sabah (2008).


Nik Nazmi berkata Malaysia mempunyai kekayaan ekosistem tanah lembap yang luas iaitu meliputi lebih 5.19 juta hektar dari struktur geografi meliputi kawasan seperti tanah gambut, paya bakau, sungai dan tasik yang menjadi habitat kepada spesies flora dan fauna.


"Kawasan tanah lembap ini sangat penting dan mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi sama ada dari nilai ekonomi dalam bentuk hasil hutan, laut dan pelancongan mahupun faedah perkhidmatan ekosistem.


"Ini seperti perlindungan daripada angin kencang dan gelombang besar, kawasan tadahan air, kawalan banjir dan penyimpanan karbon. Pengiktirafan sebagai Tapak Ramsar juga dapat menaikkan profil kawasan," katanya.


Mengambil contoh Tasek Bera, Nik Nazmi berkata tasik semula jadi terbesar negara dengan keluasan lebih 30,000 hektar itu menjadi ekosistem air tawar semula jadi dengan kepelbagaian biologi akuatik selain didiami kira-kira 2,000 penduduk Orang Asli suku Semelai.


Pada majlis itu, Nik Nazmi melancarkan buku 'Fishes of Tasek Bera' yang mendokumenkan profil spesies 36 famili dan 158 spesies ikan air tawar termasuk empat spesies baharu yang direkodkan dan masing-masing satu spesies berstatus endemik dan pupus di peringkat antarabangsa.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page