top of page

Tiga Ahli Dewan Negara dilantik semula, pengisian jawatan Kabinet diteliti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan pelantikan semula tiga Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, melibatkan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.


Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula ketiga-tiga tokoh tersebut yang mengepalai kementerian Dalam negeri, Kementerian Pendidkan Tinggi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


"Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI," kata kenyataan itu.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, pengalaman luas dan kepakaran ketiga-tiga pemimpin ini amat diperlukan untuk memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara konsisten dan berkesan, terutama dalam fasa memperkukuh institusi serta memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.


Kenyataan itu turut menyatakan Perdana Menteri selepas ini akan mengisi kekosongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI yang dipangku oleh beberapa menteri sebelum ini.


"Perdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara," menurut kenyataan itu lagi.


Terdapat empat Menteri yang telah meletak jawatan atau tamat tempoh penuh senator Dewan Negara dan perlu diisi dalam Kabinet Madani, iaitu Kementerian Ekonomi, MITI, Kementerian Sumber Asli dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page