top of page

Tidak wajar tahan Iswardy bawah Akta Hasutan - Anwar


Penahanan Youtuber terkenal Iswardy Morni di bawah Akta Hasutan merupakan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Iswardy berhak mendapat khidmat guaman di sepanjang proses tahanan beliau.


"Apakah saya setuju dengan tindakan (tahanan di bawah) Akta Hasutan? Pada prinsipnya kita tidak setuju guna Akta Hasutan.


"Apakah setuju dia diberi perlindungan guaman? Ini saya setuju kerana hak setiap rakyat mendapat perlindungan guaman. Jadi saya harap perkara ini dapat ditangani dengan baik.


"Apakah tidak wajar beliau menegur? Itu hak setiap rakyat menegur terutama dalam keadaan sekarang. Cuma ada kaedahnya, ada kebijaksanaannya," komen Anwar ketika ditanya pemberita semasa lawatan beliau di Port Dickson, semalam.


Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Iswardy berkenaan KEADILAN Sarawak, kritikan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya, Anwar berkata hal tersebut telah diberi amaran kepada beliau sebelum ini.


"Saya tahu ada dua pandangan, satu bersabit kenyataan beliau terhadap Yang di-Pertuan Agong. Tetapi kita kena ingat keputusan KEADILAN itu bulan April. Tidak ada kena mengena dengan kenyataan terbaharu.


"Bulan April kita nasihat boleh tegur tetapi harus jaga tata susila dan adab. Laporan yang dia bawa (berkenaan KEADILAN) adalah laporan dari pimpinan KEADILAN Sarawak. Jadi kita nasihatkan boleh tegur tetapi jaga adab kerana ada peraturan kita. Tetapi beliau tidak meneruskan (hal yang dinasihatkan)


"Terpaksa kita beri amaran secara terbuka," katanya lagi.


Kelmarin, Iswardy ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan atas beberapa laporan polis mendakwa beliau telah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam siaran You Tube beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page