top of page

Tidak wajar pensyarah perlekeh pelajar kerana tiada komputer - Shamsul



Pendidikan tinggi adalah salah satu cara seseorang yang berasal dari keluarga miskin untuk mengubah kehidupannya.


Oleh itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertikaikan sikap seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) yang tular di media sosial memperlekeh seorang pelajar yang tidak memiliki komputer di hadapan kuliah maya yang dihadiri oleh para pelajar lain.


Menurut Shamsul, malah penubuhan UiTM itu sendiri mempunyai sejarah mendidik pelajar Melayu luar bandar yang rata rata daripada keluarga B40 untuk menjadi warga yang berilmu tinggi dan mampu mengubah nasib bangsa.


"UiTM ditubuhkan dengan mendokong semangat membantu bumiputera miskin dan tak berkemampuan supaya tidak keciciran, mampu melanjutkan pendidikan tinggi serta berdaya saing.


"Prof. Dr Roshana Takim, jika tak mampu menghayati tujuan tersebut anda tak layak mengajar walau di tadika sekali pun," kata Shamsul dalam catatan di Facebook.

Pensyarah tidak seharusnya menjatuhkan maruah pelajar

Tegas Shamsul, pensyarah berkenaan perlu lebih berjejak di bumi nyata kerana sebelum mengeluarkan kata kata 'tidak suka berurusan dengan B40' beliau perlu menilai sekelilingnya adakah mempunyai kenalan atau saudara mara yang berada di dalam kategori berkenaan.


"Menghina golongan B40, adakah itu satu teladan yang baik? Tiada kawan kawan dari golongan kurang berkemampuan kah?" tanyanya.


Semalam tular di media sosial seorang pelajar diherdik oleh pensyarah wanita di hadapan pelajar lain dalam kelas atas talian


Pensyarah berkenaan bertanya kepada pelajarnya apakah dia menggunakan telefon bimbit untuk menyertai kelas tersebut dan mempersoalkan di mana komputer ribanya.


Pensyarah itu kemudian mempertikaikan keluarga pelajar terbabit kerana tidak membantunya membeli komputer, sedangkan untuk tujuan lain, mengikut andaian pensyarah berkenaan, keluarga pelajar berkenaan pasti mampu mendapatkannya.


"Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan beli komputer. Pasal tu kau tak boleh belajar dengan baik sebab kau tak ada komputer......


"......hanya RM800 saja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, dia lebih memikirkan tentang hal lain berbanding pelajaran.....," kata pensyarah itu dipetik.


Dalam respons segera, Naib Canselor UiTM, Prof Roziah Mohd Janor dipetik berkata bahawa pensyarah berkenaan telah dikenalpasti sebagai seorang pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar yang mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).


Menurut beliau pihak universiti akan mengambil tindakan terhadap pensyarah tersebut. Insiden itu, katanya berlaku pada semesta lalu dan pelajar malang terbabit kini telah pun dibantu oleh pihak UiTM.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page