top of page

Tidak sambut PM: PH Terengganu gesa MB bersikap profesional

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 14, 2023
  • 1 min read


Pemimpin Pas yang mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu digesa bersikap lebih profesional dalam memastikan hubungan antara Persekutuan dan negeri berjalan lancar.

Gesaan itu disuarakan Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Mohd Sufian Mat Ali mengulas ketiadaan Menteri Besar (MB) Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan Exconya menyambut lawatan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu kelmarin.


Menyifatkan tindakan pimpinan Pas itu seolah-seolah meremehkan kehadiran PM, beliau bimbang ia diibaratkan satu pengisytiharan 'perang' antara Kerajaan Negeri dan pusat, yang semestinya membawa natijah buruk kepada rakyat Terengganu.


"Menteri Besar dan Exco perlu muhasabah dan perbaiki profesionalisme bagi kepentingan negeri berbanding mengutamakan dendam politik," katanya dalam kenyataan media.

Ahmad Samsuri yang sebelum ini pernah dikritik kerana berada di luar negara ketika banjir di Terengganu dilapor tidak menyambut Anwar, sebaliknya hadir di acara mengagihkan bantuan banjir anjuran Perikatan Nasional (PN) di Besut.


Tindakannya itu dikritik ramai termasuk pimpinan PH dan warganet.


Pada lawatan itu, Anwar menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah selama sejam selain menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).


Sementara itu Mohd Sufian menolak alasan tiada makluman rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung lawatan itu.


Hal itu jelasnya tidak boleh diterima kerana Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil hadir bertemu Anwar.


Melalui kenyataan sama, beliau turut membandingkan tindakan MB Terengganu dan Exconya dengan pemimpin Kelantan, yang tidak membelakangi PM. Terengganu dan Kelantan masing-masing ditadbir Pas.


"Hubungan antara Kerajaan Negeri dan pusat seharusnya dilangsungkan dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri," kata Mohd Sufian.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page