Tidak perlu tunggu RUU Gangguan Seksual: Rina Harun gagal sebelum 100 hari



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun terbukti gagal melaksanakan tugasnya sebelum tempoh 100 hari penilaian prestasi yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkuatkuasa.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fuziah Salleh, kegagalan Rina terbukti dalam ucapannya baru-baru ini yang meminta rakyat tidak menunggu pembentangan Rang Undang Undang (RUU) Ganguan Seksual tersebut di Parlimen.


"Rina sebelum ini di bawah potfolionya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), berjanji untuk membentangkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual namun belum pun beberapa minggu di dalam jawatan yang sama di bawah pentadbiran PN 2.0, beliau telah pun membuat kenyataan yang menjurus kepada kegagalan menunaikan janji tersebut.


"Ucapan Rina di Sungai Pelek selepas penyampaian sumbangan dan Bakul Prihatin Negara pada 8 September lalu, di mana menyatakan tidak perlu tunggu RUU Gangguan Seksual dibentangkan adalah bukti beliau tidak layak menjadi anggota pentadbiran dalam badan eksekutif negara kerana gagal menggunakan kedudukan tersebut menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.


"Rina ternyata gagal memahami kepentingan RUU Gangguan Seksual dan mengapa ia diperlukan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada, yang ketika ini didapati tidak mencukupi untuk menangani kes gangguan seksual secara berkesan," katamya


Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, dalam hal gangguan seksual tidak cukup setakat mangsa membuat laporan polis.


Katanya, Rina seharusnya lebih memahami bahawa laporan polis hanyalah prosedur biasa dan sepatutnya Rina menggunakan kesempatan dalam ucapannya untuk menegaskan bahawa pemandiri perlu dilindungi melalui intervensi kaunseling trauma serta proses keadilan yang lebih efektif.


"Sekiranya Rina komited beliau seharusnya mengumumkan pada ketika itu juga bila RUU Gangguan Seksual akan dibentangkan di Parlimen dan bukan sekadar menyatakan pemandiri boleh buat laporan polis.

"Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah bertungkus-lumus membentangkan "road map" RUU Gangguan Seksual termasuk cadangan mewujudkan mekanisme perlindungan dan tribunal keadilan kepada pemandiri.


"Rina dalam hal ini perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana kenyataan beliau cukup tidak bertanggungjawab, serta membuktikan tiada kesungguhan membela nasib pemandiri gangguan seksual," katanya.


Selain itu, tambah Fuziah, kerajaan juga perlu mengemukakan pelan menangani keganasan berasaskan gender termasuk memberikan tumpuan terhadap kes gangguan seksual dalam tempoh Pandemik Covid-19, dengan mengambil kira situasi semasa di mana kes gangguan seksual secara dalam talian dilaporkan terus meningkat dan memerlukan tindakan segera.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER