top of page

Gas subsidi: Ops Gasak tumpu peniaga besar, peniaga kecil tidak terlibat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Peniaga kecil atau penjaja bukan tumpuan penguatkuasaan dalam Ops Gas Memasak 2025 atau Ops Gasak yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) terkait penggunaan gas memasak bersubsidi.


Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof, Ops Gasak 2025 hanya bertujuan untuk membanteras penyelewengan subsidi Gas Petroleum Cecair (LPG) yang semakin berleluasa.


Begitu juga, katanya, tuduhan konon kerajaan memansuhkan subsidi LPG untuk kegunaan domestik sama sekali tidak benar.


"Subsidi tidak ditarik balik. Rakyat dan peniaga kecil yang layak masih boleh menggunakan LPG subsidi pada harga kawalan RM1.90 sekilogram atau RM26.60 bagi tong 14 kg seperti biasa," kata Azli dalam satu kenyataan.


Sebaliknya, menurut beliau, Ops Gasak menyasarkan pihak yang menyalahgunakan subsidi seperti kilang, restoran besar dan industri dobi yang menggunakan LPG subsidi secara tidak sah.


"Banyak premis melanggar syarat dengan menggunakan lebih 42 kg LPG pada satu-satu masa tanpa memiliki Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB), malah ada yang memindahkan gas subsidi ke tong industri secara haram yang bukan sahaja menipu sistem, malah berbahaya kepada nyawa," ujarnya.


Makanala pengenalan tong gas baharu, kata Azli, untuk kegunaan komersial dan industri bagi mengelakkan penyalahgunaan.


"Malangnya, pembangkang terus memainkan sentimen bahawa kerajaan zalim dan menindas rakyat. Hakikatnya, kerajaan sedang melindungi rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak," katanya.


Tegas beliau, kerajaan pada waktu ini masih menyalurkan subsidi sebanyak RM3.4 bilion. Namun ketirisan yang berlaku memberi implikasi kewangan besar.


Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai menyalurkan aduan berkaitan penyelewengan subsidi menerusi aplikasi EzAdu atau laman web KPDN di eaduan.kpdn.gov.my.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page