top of page

'Tidak perlu mansuh sekolah vernakular, buat penambahbaikan'

Updated: Mar 19



Oleh: Abdullah Zaid


Mengangkat bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan tidak perlu bertindak terlalu jauh sehingga mahu memansuhkan sistem sekolah vernakular di Malaysia.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, sebaliknya penguasaan bahasa Kebangsaan boleh ditambah baik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sedia ada.


Katanya pertambahan pelajar bangsa Melayu di sekolah SJKC misalnya, menunjukkan sistem pendidikan vernakular mempunyai nilai ekonomi tersendiri di negara ini.


"Jika kita lihat sekarang ramai pelajar bukan Cina yang mula minat belajar di sekolah vernakular.


"Oleh itu saya menyambut baik cadangan ataupun kajian supaya sekolah jenis kebangsaan ditambah baik supaya ia boleh dilihat sebagai institusi pendidikan yang bersifat Malaysia," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelasnya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 21 Februari lalu yang membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan itu tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak.


Sebaliknya Azha berkata, apa yang boleh dilakukan kini adalah memantapkan sistem pendidikan itu supaya ia terbuka kepada semua anak Melayu, Cina dan India.


"Undang-undang sudah membenarkan peranan sekolah jenis kebangsaan, justeru sekira ada mana-mana pihak cuba memansuhkan kewujudan itu adalah tidak wajar, malah dianggap bertentangan dengan keputusan mahkamah, suka atau tidak ia sudah disahkan dan tidak boleh dipertikaikan.


"Tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah meningkatkan jumlah kemasukan pelajar pelbagai kaum ke sekolah vernakular bagi melihatkan ciri pendidikan Malaysia itu diterjemah," ujarnya lagi.


Sebelum ini dilaporkan, terdapat pihak yang meminta kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).


Penilaian itu termasuk dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termasuk menggesa pelaksanaan sistem pendidikan satu aliran di negara ini.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page