top of page

Tidak mustahil lebih ramai MP pembangkang sokong kerajaan



Dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa 10 lagi wakil rakyat pembangkang akan mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu perkara yang tidak mustahil.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan bersikap terbuka untuk bekerjasama termasuk dengan pihak pembangkang kerana fokus pada masa ini adalah perpaduan rakyat dan pembangunan negara.


"Ketersediaan sama ada mereka ingin terlibat dalam blok kerajaan sebagai Kerajaan Perpaduan ataupun seperti yang telah disebut sejak dari tahun lalu duduk berunding, berbincang untuk mendapatkan peruntukan tapi lebih daripada itu, lihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk membangunkan negara.


"Jadi apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagi saya tidak mustahil kerana mungkin di pihak mereka telah tunggu terlalu lama dan disajikan mungkin janji-janji yang tidak dapat direalisasikan. Jadi kita tunggu (pengumuman)," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Parlimen Lembah Pantai hari ini.

Syed Abu Hussin Hafiz dalam sidang akhbarnya beberapa hari lalu dipetik sebagai berkata sokongan itu dijangka diisytihar sebelum pembukaan sesi Parlimen pada 26 Februari ini melibatkan wakil rakyat pembangkang dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Melaka.


Setakat ini, wakil rakyat Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Syed Abu Hussin Hafiz, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page