Tidak mustahil kes jenayah diguna untuk jamin pertahan kerajaan PN



Keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini tidak mustahil dibuat secara politik.


Bagi Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, keputusan dengan alasan yang hampir sama juga dilihat berlaku ke atas DNAA terhadap Riza Shahril Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebelum ini.


Katanya, dalam keadaan PM Muhyiddin Yassin terdesak untuk mengekalkan kuasa, apa lagi menghadapi undi belah bahagian dalam Belanjawan 2021, apa sahaja boleh ditukarkan sebagai sokongan.


"Di bawah kerajaan hari ini perkara sebegini tidak pelik berlaku, seperti anak tiri Najib Razak (Riza Aziz) dan juga Musa Aman.


"Dan kerajaan Muhyiddin akan berusaha untuk mengekalkan pentadbirannya dalam PRU akan datang, serta berusaha mendapatkan sokongan termasuk undi belah bahagi Belanjawan 2021 (peringkat jawatankuasa) baru-baru ini," katanya.


Bagaimanapun menurut William, kegilaan untuk mengekalkan kuasa itu akan memberi padah kepada ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa.


Malah, katanya, kedudukan Indonesia yang 20 tahun lalu terkenal sebagai negara paling korup di rantau Asia pula semakin baik dan diyakini oleh pelabur asing.


"Keputusan ini (pembebasan pelaku rasuah) telah mengecewakan semua pihak. Kalau dulu undang-undang yang kita pakai bahawa mereka yang melakukan rasuah akan didakwa dan dibawa ke muka pendagilan. Tetapi hari ini, mereka yang didakwa dan mengaku bersalah dalam rasuah dibebaskan.


"Inilah kerajaan yang keabsahannya dipertikaikan. Kerajaan hari ini membuktikan mereka tidak kuat dan bergantung sokongan daripada orang yang didakwa," katanya lagi.


Untuk rekod, ketika era pemerintahan Pakatan Harapan Malaysia melonjak 10 tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah 2019, berada pada kedudukan 51 daripada kedudukan ke 61 pada 2018.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio