top of page

Tidak munasabah PM Mahiaddin tunggu September untuk Undi Percaya


Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin tidak perlu menunggu sehingga September untuk memanggil sidang Parlimen dan membentangkan usul Undi Percaya ke atas pentadbirannya.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menegaskan tidak munasabah untuk Mahiaddin menunggu lebih lama kerana isu keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat mustahak dan beliau sepatutnya tidak memimpin atau membuat polisi dalam kerajaan tanpa majoriti.


Tegas William, usul Undi Percaya atau Tidak Percaya perlu disegerakan demi melicinkan pentadbiran negara.


"Sebenarnya sidang Parlimen boleh dipanggil bila-bila masa untuk diadakan usul Undi Tidak Percaya. Ini adalah sebab usul Tidak Percaya adalah perkara penting dan perkara yang perlu diselesaikan dengan segera.


"Memandangkan keadaan sedia ada, tidak munasabah untuk dilewatkan sehingga 6 September depan," katanya kepada Suara Keadilan.


Sebelum ini Mahiaddin berkata, keabsahan beliau sebagai PM serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan menerusi usul Undi Percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.


PM Mahiaddin tumbang secara teknikalnya pada 8 Julai lalu apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik sokongan dari kerajaan PN.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page