top of page

Tidak munasabah kurangkan peruntukan koperasi



Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan beberapa peruntukan yang dikurangkan untuk sektor koperasi dalam Belanjawan 2021 adalah sesuatu yang tidak munasabah.


Beliau berkata kerajaan seharusnya membela nasib koperasi yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.


"Saya lihat peruntukan pembangunan koperasi dalam Belanjawan 2021 dikurangkan kepada RM89 juta berbanding RM102 juta tahun lepas terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang menurun kepada RM73 juta berbanding RM85 juta tahun lepas.


"Sewajarnya kerajaan membela nasib koperasi kerana seperti kita sedia maklum, 17 peratus terpaksa menamatkan operasi manakala 44 peratus mengalami kecairan tunai disebabkan kekurangan modal pusingan kerana terkesan dengan PKP khusus kepada koperasi dalam sektor pelancongan dan penjagaan kesihatan," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021.


Pada masa sama, Shamsul juga mempersoalkan peruntukan RM73 juta yang masih jauh ketinggalan dalam sasaran pihak kementerian untuk mencapai sumbangan perolehan koperasi yang bernilai RM109 juta menjelang 2030.


"Ini seiring dengan peranan koperasi sebagai platform utama untuk melonjak sektor keusahawanan dalam kalangan isi rumah B40 dan M40," katanya.


Dalam pada itu, Shamsul juga mempersoalkan mengapa terdapat dua institut yang berbeza iaitu institut keusahawanan dan koperasi.


"Institut keusahawanan negara diberikan sebanyak RM4.5 juta. Apakah ini institut yang baru dan apa modul yang dikemukakan institut.


"Kita sudah ada institut koperasi, dan ini agak 'redundant', boleh tak kita gabungkan kedua-duanya, ini dapat jimatkan perbelanjaan dan beri tumpuan kepada satu institut yang beri latihan secara menyeluruh," katanya.


Shamsul juga menyentuh soal skim latihan siswazah yang diperuntukkan RM5 juta.


"Mahasiswa menghadapi cabaran begitu besar ketika ini terutamanya peluang pekerjaan, ramai lagi tak dapat kerja, dan mereka harus mandiri dari segi pendapatan.


"Apakah peruntukan ini mencukupi untuk dana siswazah yang terkesan dengan Covid-19. Bagaimana sokongan kepada mereka dan adakah apabila menyertai latihan mereka boleh dapat dana, kerana apabila mereka buat permohonan, akan ada birokrasi yang agak tidak munasabah.


"Ini menyukarkan mahasiswa memulakan perniagaan, adakah mereka akan dapat kemudahan disegerakan untuk mulakan perniagaan," katanya.


Shamsul juga meminta kerajaan supaya menambahbaik peranan Tekun.


"Adakah Tekun masih berdepan birokrasi? Kerajaan sepatutnya gunakan platform Tekun bukan sahaja untuk memberi dana tetapi untuk pantau sejauh mana perkembangan mereka, dan menubuhkan unit untuk melihat perkembangan serta kebolehan usahawan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page