top of page

'Tidak mudah kita sampai pada tahap ini tanpa pengorbanan rakyat'



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dengan mengunjungi kampung halamannya, Cherok Tok Kun di Permatang Pauh.


Beliau menunaikan solat Maghrib dan menyertai kariah masjid untuk majlis tahlil di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah kemudian melawat Galeri Pejuang yang mempamerkan foto perjuangan reformasi sejak era 1998.


Dalam ucapannya, Anwar menekankan dukungan dan pengorbanan besar rakyat selama 24 tahun tanpa mengenai erti jemu sehingga beliau dan Pakatan Harapan akhirnya berjaya memerintah negara.


"Kami berkumpul pada malam ini bagi menggilap idealisme serta terus menyemangati tekad kita untuk bawa perubahan. Tidak mudah untuk kita sampai pada tahap hari ini tanpa pengorbanan dan dukungan rakyat di bawah.


"Kuasa yang kita kecapi hari ini mesti menjauhkan kita daripada sikap keangkuhan kuasa. Sebaliknya, ia mesti ditumpahkan sepenuhnya kepada jalan kebenaran dalam membela nasib rakyat terbanyak," katanya.


Terdahulu ketika berucap pada program minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda di Bukit Mertajam, Anwar berkata beliau tidak akan terlalu melayan pengkritik yang tidak pernah berpuas hati dalam perjuangan membawa perubahan.


DS Anwar dikerumuni rakyat dalam lawatan di Pulau Pinang

Bagaimanapun PM tidak menjelaskan sama ada pengkritik yang beliau maksudkan adalah pembangkang.


"Tak payahlah kita nak layan semua kerenah dia. Kita tak ambil gaji pun dia marah, ambil gaji kata tinggi sangat, ini masalah orang-orang politik yang tidak diperingatkan untuk apa kita ini berjuang dan memimpin.


"Pemimpin itu kita menunjukkan contoh yang baik, siapa tidak mahu kemudahan, saya pun mahu tetapi kita perlu memikirkan tanggungjawab bahawa rakyat yang lain susah," katanya dipetik.


Dalam ucapan itu juga Anwar terus mengingatkan pemimpin kerajaan agar terus menunjukkan teladan baik dan menghentikan perkara yang boleh merosakkan negara.


"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri-menteri, timbalan menteri dalam kerajaan, kita nampak sepakat. Saya kata turun gaji, mereka potong gaji, saya kata jimat belanja, (mereka) jimat.


"Saya kata hendak setiusaha sulit pejabat menteri mesti ambil pegawai tadbir dan diplomatik, tak boleh ambil orang politik. Orang politik ada peranan, penjawat awam ada juga peranannya. Barulah negara ini kita boleh bangkitkan dan bangunkan semula," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page