top of page

Tidak minta Undi Belah Bahagi untuk strategi lebih besar - Shamsul



Berjayanya kerajaan Perikatan Nasional meluluskan Belanjawan 2021 bukan bermakna kekalahan bagi pihak pembangkang.


Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, meskipun terdapat pihak yang marah dengan apa yang berlaku pada 26 November lalu, namun masih banyak pihak yang melihat gambaran lebih besar dan strategi jangka panjang dari langkah yang diambil oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 November lalu.


"Tidak tepat kalau saya katakan (enggan undi belah bahagi) seolah-olah Datuk Seri Anwar tiada sokongan yang sewajarnya. Kalau kita lihat semalam bagaimana berlaku kesepakatan antara ketiga-tiga pimpinan utama yang mewakili PH.


"Datuk Seri Anwar, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, mereka sepakat dalam hal belanjawan. Dan yang mengejutkan ketua parti Muda dan Presiden Warisan pun turut bersama-sama (tidak bangun).


"Pada saya mereka melihat the big picture. Pada saya Anwar sebagai Ketua Pembangkang he is in command dan beliau membuat keputusan yang sukar, yang menyebabkan ada yang marah," katanya dalam program "Siri Analisis Belanjawan: Mengapa Belanjawan 2021 Tidak Ditolak?" anjuran Institut Darul Ehsan malam tadi.


Bagaimanapun Shamsul tidak menyalahkan beberapa Ahli Parlimen PH yang bangun untuk menyokong Undi Belah Bahagi yang diminta oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.


Katanya, tindakan itu tidak boleh dihalang namun secara muafakat majoriti Ahli Parlimen PH mentaati nasihat Anwar.


"Apakah kita boleh menghalang Ahli Parlimen bangun? Kita tidak boleh halang. Sebahagian Ahli Parlimen Amanah bangun. Ahli Parlimen kita pun ada bangun, cuma tidak cukup jumlah 15. Kita hargai mereka terpanggil untuk bangun tetapi secara muafakatnya kita bersama-sama Ketua Pembangkang dalam perkara yang jauh lebih besar.


"Adakah kita beri cek kosong kepada PN? Jawabnya tidak sama sekali kerana semuanya tidak akan sempurna dan seleai pada tarikh keramat 15 Disember nanti," katanya lagi.


Pengundian Peringkat Jawatankuasa akan membabitkan perincian setiap kementerian dibahas sehingga 15 Disember hadapan.


Terdapat kementerian yang akan digagalkan belanjawannya sekiranya pihak kerajaan tidak memperbaiki butiran perbelanjaan mengikut keperluan sebenar negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page