Tidak membantu tangani Covid, tiba masanya Agong tamatkan perintah darurat



Darurat yang telah berkuatkuasa sejak 3 bulan lalu terbukti tidak berjaya menangani wabak Covid 19 sebagaimana alasan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada 13 Januari 2021.


Oleh itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tiba masanya darurat yang gagal itu ditamatkan agar pendekatan lain yang lebih relevan diambil.


"Rasionalnya seperti yang kita semua maklum, setakat ini darurat tidak berjaya membantu kerajaan dalam usaha mengekang penyebaran wabak Covid 19.


"Malah kita lihat keadaan menjadi semakin genting bila jumlah kes meningkat dengan mendadak. Tempat-tempat sebelum ini yang dianggap kawasan hujau seperti Kelantan dan Terengganu tiba-tiba jumlah kes meningkat begitu tinggi, tidak termasuk Sarawak


"Persoalannya adakah darurat berjaya mengekang Covid? Berdasarkan bukti yang ada dan berdasarkan sains, ia tidak melakukan perkara itu.


"Maka bagi kami memang cukup wajar untuk jemaah menteri menasihatkan Tuanku menamatkan darurat sekarang," katanya ketika ditemui dalam himpunan penyerahan memorandum anjuran Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, walaupun telah ditubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bagi tujuan menasihatkan Agong dalam isu darurat namun memorandum yang dihantar oleh Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat adalah suara sebenar dari rakyat biasa yang perlu diambil kira.


"Setakat ini sekitar hampir 40,000 orang telah menadatangani petisyen online untuk mohon perkenan Tuanku menamatkan darurat


"Saya lihat masalah besar berlaku dari segi ekonomi, sosial, sekolah sekejap buka-tutup, pemberian vaksin juga belum memadai. Semua ini tidak dibantu oleh darurat. Yang paling terkesan adalah proses semak imbang apabila Parlimen terus ditutup walaupun Tuanku telah bertitah Parlimen boleh bersidang," katanya.


Ditanya mengenai kempen spontan di media sosial #KerajaanGagal, Fahmi berkata kempen itu dimulakan oleh rakyat dan digerakkan sepenuhnya oleh rakyat, tanpa campurtangan ahli-ahli politik.


"Itu (kempen) adakah yang lahir dari sanubari rakyat. Ini adalah gerakan organik, tiada kaitan dengan ahli politik. Saya sendiri tidak mahu komen sangat sebab kita lihat kemarahan rakyat telah capai ke satu tahap di mana mereka seakan begitu berani mengutarakan pandangan mereka.


"Ramai yang hilang kerja, hampir 800,000 dan jumlahnya amat tinggi dalam kalangan anak muda hampir 13%, dan ini bukan jumlah yang kecil. Kemarahan itu dapat kita lihat dengan respons anak muda di Tweeter dan Facebook," katanya lagi.


Himpunan di luar pagar Istana Negara petang tadi dihadiri oleh pimpinan Pakatan Harapan serta pemimpin-pemimpin pembangkang lain. Tiga tokoh politik, Tun Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu dan Khalid Samad dibenarkan masuk ke istana.


Mereka menghantar permohonan kedua menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.


Surat berkenaan, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER