top of page

Tidak benar MAIDAM dipengaruhi PH Terengganu



Seorang pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menyelar tohmahan yang cuba dicipta pihak tertentu mendakwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dipengaruhi Pakatan Harapan (PH) Terengganu.


Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Hasbie Muda membuat penegasan itu dalam satu hantaran di Facebooknya susulan satu Tweet yang oleh Terengganu Press yang memaparkan Pengerusi PH negeri itu berada dalam satu majlis bersama Yang Dipertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.


"Faktanya, program yang dihadiri oleh Yang Dipertua MAIDAM bersama pemimpin PH adalah Majlis Ramah Mesra & Dailog Harmoni Antara Budaya anjuran YADIM Negeri Terengganu serta Gabungan Dakwah Malaysia Terengganu dan dirasmikan oleh Yang Dipertua MAIDAM. Ia berlangsung pada 3 Februari 2023.


"Datuk Raja Bahrin dan saya dijemput sebagai tetamu. Langsung tidak bersembang soal politik," katanya.


Terdahulu MAIDAM mengeluarkan arahan melarang semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Dewan Negara menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.


Ia susulan titah Sultan Mizan Zainal Abidin yang dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat tanpa kebenaran MAIDAM.


Larangan itu jelas MAIDAM bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.


Selain kuliah dan ceramah, ia turut meliputi pengajaran agama di masjid dan surau, selain bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat.


Sementara itu tambah Hasbie, MAIDAM adalah institusi bawah bidang kuasa Sultan Terengganu dan ia seharusnya dihormati dan tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page