top of page

Tidak ada kekuatan lain melainkan perteguh kepimpinan kita sendiri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kepimpinan yang mantap dan bersatu padu merupakan teras utama dalam memperteguhkan sesebuah parti politik.


Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Fadhlina Sidek menyifatkan, barisan kepimpinan parti harus kuat di semua peringkat termasuk Cabang dan akar umbi.


''Saudara dan saudari serta barisan kepimpinan.. tidak ada kekuatan lain yang perlu kita perteguhkan melainkan kepimpinan kita sendiri.


''Sokongan kita mesti solid kepada pimpinan-pimpinan dan seluruh jajaran kepimpinan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang telah dipilih oleh saudara saudari sekalian.


''Untuk itu kita harus memastikan bahawa aku janji kita kepada kepimpinan ini, mesti meletakkan seluruh kepercayaan kepada mereka untuk terus memimpin parti,'' seru beliau dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional KEADILAN.


Kongres itu diadakan di Persada Johor International Convention Center hari ini.


Dalam ucapannya itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menyelitkan serangkap pantun.


Angkut-angkut terbang ke langit,

Sampai ke langit dimakan merbah,

Biar bertangkup bumi dan langit,

Setia kita kepada kepimpinan tidak boleh berubah.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page