Tiba masanya rasuah dianggap munafik bangsa - KEADILAN



Rasuah perlu dilabel dengan perkataan lebih keras terutama terhadap kaum Melayu yang kurang kesedaran mengenai gejala itu.


Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan mengalu alukan teguran tegas DYMM Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terhadap rasuah yang perlu diperangi sehingga ke akar umbi bagi mengembalikan maruah kaum Melayu.


"Mewakili Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN kami menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Perak, yang begitu prihatin dengan gejala rasuah dan kemunafikan yang berlaku pada kepimpinan Melayu pada hari ini.


"Inilah yang menjadi musuh kepada pembelaan masa depan orang Melayu. Ia memusnahkan segala harapan dan inisiatif yang digerakkan untuk mengangkat martabat orang Melayu.


"Sudah sampai masanya ahli rasuah digelar dan ditanggap selaku munafik bangsa. Mereka ini 'bercabang di lidah' dan sudah hilang sifat malu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Amidi lagi, orang Melayu seharusnya menentang perilaku yang diharamkan agama Islam itu dengan lebih keras sesuai dengan kerosakan yang dibawanya begitu besar kepada negara.


"Orang Melayu mesti bersama-sama berdiri teguh dengan saranan yang dikemukakan oleh Tuanku Sultan Perak ini untuk menolak semua pimpinan dan segala budaya yang menjurus ke arah perlakuan rasuah," katanya lagi.


Amidi yang juga mantan pemimpin kanan ABIM itu mengingatkan kaum Melayu akan doa Nabi Muhammad s.a.w agar negara dijauhi wabak rasuah dimakbulkan Allah swt.


"Ya Malikul Mulk! Jauhi negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah; serahkan tanggungjawab pimpinan dan pengurusan negara kami kepada kalangan hamba-Mu yang amanah dan ikhlas, serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan hukum."


Semalam, Sultan Nazrin bertitah, bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada penguat kuasa perlu dijadikan cermin dan dianggap petunjuk kepada situasi rasuah .


Baginda turut memetik kedudukan negara dalam penilaian persepsi rasuah oleh Transparency International di tempat ke-57 dengan mencatat skor 52 pada tahun 2020 dan kedudukan ke-62 dengan skor 48 pada 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER