top of page

Tiada tolak ansur terhadap insiden buli, kekerasan di IPT - Dr Zambry

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 32 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi amaran bahawa tiada sebarang tolak ansur akan diberikan terhadap mana-mana insiden buli atau kekerasan yang berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah seliaannya.


Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (gambar) menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali melindungi pelaku sebaliknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan profesional.


''KPT juga ingin menyatakan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara.


''Di samping meneliti kaedah dan amalan terbaik serta mengkaji semula dasar sedia ada untuk menambah baik prosedur serta mekanisme bagi menangani isu disiplin pelajar khususnya gejala buli dengan lebih cekap, KPT telah mengambil beberapa langkah mengatasi gejala tersebut serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam secara menyeluruh.


''Yang pertama (berkaitan) penerapan budaya 'zero tolerance' terhadap buli. Kedua adalah mekanisme sistem pelaburan kes buli.


''Langkah ketiga (tentang) penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih meluas,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin mengetahui langkah-langkah yang telah diambil oleh KPT bagi mengekang kejadian buli di IPTA dan IPTS.


Menjelaskan langkah seterusnya, Zambry berkata pihak kementerian turut memberi perhatian terhadap pelaksanaan program-program kesedaran dan pendidikan berkaitan buli.


''Kelima ialah penekanan terhadap pembinaan sahsiah, etika dan latihan kepimpinan bagi menyokong kemenjadian mahasiswa yang lebih bersifat positif.


''Akhir sekali, prosedur operasi standard (SOP) dan pembangunan garis panduan pengurusan salah laku kes buli,'' katanya.


Untuk rekod, sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTM, Syamsul Haris Shamsudin.


Syamsul, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page