top of page

Tiada subsidi elektrik, syarikat multinasional digesa guna tenaga lestari



Syarikat multinasional digesa merangka strategi lebih efisien untuk menghasilkan produk menggunakan tenaga lebih cekap dan lestari.


Gesaan itu dinyatakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat semalam susulan pendirian kerajaan tidak akan memberi subsidi tarif elektrik kepada syarikat multinasional terutama yang mengeksport produk ke luar negara.


Tegas Ahli Parlimen Setiawangsa itu, negara tidak lagi boleh bergantung kepada faktor kos upah rendah semata-mata untuk menarik pelabur, sebaliknya perlu memberi nilai tambah dalam sektor sumber tenaga bagi menarik pelabur.


"Sekarang bila tarif lebih tinggi, syarikat kena kaji hasilkan produk lebih efisien, kita mahu mereka lebih cekap tenaga.


"Kita nak menarik pelabur ke negara kita bukan lagi atas faktor kos rendah, gaji rendah, tetapi kita nak tarik pelabur melalui nilai tambah yang dapat kita berikan kepada mereka," katanya dalam sesi penggulungan ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Dewan Rakyat.


Sementara itu tambahnya, pemberian subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20 perlu dikaji semula pada masa depan.


Golongan itu jelasnya perlu membayar kadar tarif yang lebih kompetitif bagi memastikan hanya golongan sasar memperoleh manfaat melalui subsidi bersasar.


"Kita ada kerangka Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk menetapkan tarif harga elektrik. Kita masih kekalkan kadar yang sama bagi pengguna-pengguna domestik walaupun T20.


"Itu perkara yang bagi saya, perlu difikirkan semula pada masa depan kerana apabila bercakap tentang T20, mereka bergaji besar, sepatutnya bayar tarif yang lebih kompetitif


"Tapi untuk M40, B40 saya setuju kita perlu lindungi mereka," katanya

Nik Nazmi turut memberitahu, kos sebenar subsidi bagi mengekalkan tarif elektrik semasa boleh mencecah RM14.91 bilion setahun.


Subsidi ditanggung kerajaan bagi pengguna domestik membabitkan industri kecil dan sederhana, syarikat pertanian serta sektor produk makanan pula sebanyak RM10 bilion bagi tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page