top of page

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Istanbul - Wisma Putra

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 24
  • 1 min read


Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.2 yang melanda Istanbul, Türkiye pada Rabu.


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa di negara itu.


"Melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Wisma Putra juga mengekalkan perhubungan rapat dengan rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan perkembangan terkini


"Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Turkiye supaya berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya," kata kenyataan itu.


Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), gempa bumi belaku pada jam 12.49 tengah hari waktu tempatan di Laut Marmara, berhampiran Daerah Silivri, kira-kira 80 kilometer dari barat Istanbul.


Berpusat pada kedalaman 6.92 kilometer, gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah sekitar, menyebabkan penduduk panik dan keluar meninggalkan bangunan.


Gegaran susulan bermagnitud 4.9 turut direkodkan pada jam 1.02 tengah hari waktu tempatan, dengan pusatnya terletak di luar pesisir Buyukcekmece, Laut Marmara.


Sementara itu Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Türkiye agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul yang terletak di Polat Plaza, Sisli melalui talian +90-212 989 10 01 (waktu bekerja) atau WhatsApp +90 531 716 05 51 (luar waktu bekerja), atau e-mel ke mwistanbul@kln.gov.my.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page