top of page

Tiada percanggahan jawapan Azalina, PM - Lokman Adam



Percanggahan yang cuba dimainkan antara jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Undang undang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali tidak menimbulkan sebarang masalah sebagaimana digambarkan oleh pihak pembangkang.


Menurut Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, tedapat dua kes berbeza dalam jawapan PM semalam yang sengaja disatukan oleh laskar siber musuh Kerajaan Perpaduan dan tular di media sosial yang memperlihatkan percanggahan kenyataan antara Menteri Undang Undang dan PM.


"Bila PM respons untuk jawapan pertama bagi kes ini, iaitu terdapat 11 transaksi duit lebih sejuta ringgit masuk ke akaun hakim Nazlan, memang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati bahawa penjelasan hakim Nazlan tidak mengandungi unsur rasuah, salahguna kuasa atau apa apa unsur jenayah.


"Tetapi SPRM punya kenyataan sebelum ini juga pernah dijawab oleh Datuk Seri Azalina Othman. Beliau ditanya berhubung kes hakim Nazlan berkaitan pelanggaran Kod Tataetika Hakim 2009 di bawah Seksyen 8(1)a," kata Lokman dalam siaran media.


Menurut Pengerusi Sekretariat Media Perpaduan itu lagi, kes pelanggaran kod etika kehakiman tersebut memang telah disiasat SPRM dan telah dikeluarkan kenyataan berhubung siasatan.


Bagaimanapun, katanya, kes itu kemudiannya dibawa ke hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan keputusan telah pun dibuat.


"Untuk kes ini memang SPRM mengatakan hakim Nazlan telah melanggar Kod Tataetika Hakim. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan didengar oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun.


"Tengku Maimun telah membuat keputusan bahawa hakim Nazlan tidak melanggar Kod Tataetika Hakim.


"Apa yang PM jawab, perkara nombor 2 ialah keputusan yang dibuat oleh Ketua Hakim ketika itu, Tun Tengku Maimun.


"Seperti mana kita maklum Datuk Seri Anwar adalah PM. Selaku PM beliau keluar kenyataan kerajaan hormat kepada keputusan Ketua Hakim Negara itu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page