top of page

Tiada pendakwaan terpilih, proses siasatan bebas unsur politik




Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menolak dakwaan kononnya pendakwaan terpilih dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin.


Menurut Idris, tiada pendakwaan yang bermotifkan politik dilakukan dan semua berjalan berdasarkan lunas undang undang.


"Keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.


"Keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keaadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan melalui Jabatan Peguam Negara hari ini.


Penjelasan Peguam Negara itu susulan tuduhan beberapa pemimpin kanan PN bahawa Kerajaan Perpaduan menggunakan agensi penguatkuasa untuk membalas dendam ke atas musuh politik.


Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula menolak dakwaan bahawa siasatan ke atas program Jana Wibawa yang mengheret beberapa pemimpin politik Bersatu ke mahkamah adalah bermotifkan politik.


"(Siasatan) ia merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi sendiri oleh suruhanjaya ini.


"Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.


"Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campurtangan mana-mana pihak.


"Justeru itu, tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM tersebut atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej suruhanjaya ini," kata agensi itu dalam satu kenyataan.


Siasatan ke atas program Jana Wibawa menyaksikan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, 75, didakwa di atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.


Selain itu pada 21 Feb lepas, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6.96 juta pada 2022.


Beberapa pertuduhan turut dikenakan terhadap Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.


Menurut SPRM, pertuduhan itu berkaitan dengan skim Jana Wibawa satu projek rangsangan ekonomi oleh pentadbiran Mahiaddin ketika 2020 sebagai sebahagian daripada usaha bantuan wabak Covid-19.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page