top of page

Tiada pemantauan belajar atas talian, 7% tidak kembali ke sekolah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 15, 2020
  • 1 min read


Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad membangkitkan isu pelajar yang tidak ke sekolah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembelajaran atas talian yang tidak dipantau.


Katanya, isu-isu itu akan melebarkan lagi jurang ilmu dalam kalangan rakyat sekiranya tidak diambil serius oleh kerajaan.


"Setiawangsa berharap ada pemantauan pembelajaran atas talian. Kita berdoa selepas ini sekolah dapat kembali (beroperasi) dengan norma baharu.


"Kita tidak tahu bila vaksin boleh dideploy sepenuhnya dan (akan) berlaku (lagi) tutup sekolah seperti sebelum ini. Jadi ada rungutan termasuk di peringkat SPM, pelajar tidak masuk kelas. Malah atas sebab bekerja.


"Jadi ini rungutan yang dibuat guru-guru. Ada laporan Unisef tentang PPR di Lembah Kelang yang mendapati 7% pelajar sekolah menengah yang tidak kembali ke sekolah selepas PKP kali pertama.


"Kita khuatir bila tutup kali kedua (PKPB), tahun depan peratusan (tidak ke sekolah) akan lebih tinggi. Kita perlu pantau terutama bagi pelajar miskin supaya jurang pendidikan tidak melebar," katanya dalam perbahasan penggulungan peruntukan pendidikan petang tadi.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page