top of page

Tiada kompromi terhadap cubaan cetus huru hara - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 12
  • 1 min read

ree

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang menyalahgunakan hak berhimpun untuk kepentingan politik sempit.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) turut menegaskan, kementeriannya juga tidak akan membiarkan sebarang percubaan mencetuskan ketegangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Kerajaan menghormati hak rakyat berhimpun secara aman seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan. Namun kebebasan berhimpun datang bersama tanggungjawab dan tidak boleh disalahgunakan.

"Malaysia adalah negara berdaulat yang tertakluk kepada undang-undang. Setiap warga mesti menghormati prinsip ini dan mengelakkan sebarang tindakan yang bercanggah dengan peraturan negara," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan itu menyusul insiden kekecohan ketika operasi pelaksanaan writ milikan kosong merangkumi 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.


Insiden itu menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera selepas dibaling objek oleh pihak tertentu.


Mengulas serangan itu, Saifuddin menyifatkannya sebagai tindakan keji, tidak bertamadun dan sama sekali tidak boleh diterima.


Pihak polis jelasnya akan memulakan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen oportunis politik yang sengaja menimbulkan huru hara.


"Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan telah mengarahkan pihak berkuasa segera bertindak membawa pelaku ke muka pengadilan.


"Keselamatan rakyat, keamanan negara dan integriti pasukan keselamatan adalah keutamaan yang wajib dipertahankan," tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page