Tiada kompromi jenayah penderaan: Tegakkan keadilan kepada mangsa - Wanita KEADILAN


Jenayah penderaan terhadap kanak-kanak wajib ditangani segera dan dikenakan hukuman tegas kepada pelakunya.


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, laporan media yang memberitakan kes penderaan seorang kanak-kanak OKU di sebuah institusi penjagaan baru-baru ini wajar diambil perhatian serius dan sesegera mungkin oleh pihak berkuasa.


"Secara prinsipnya, saya menegaskan pihak autoriti yang bertanggungjawab dalam isu kebajikan dan perlindungan kanak-kanak harus tampil menjelaskan kepada masyarakat berkaitan isu pendaftaran dan pewartaan mana-mana institusi perlindungan yang menempatkan kanak-kanak.


"Sebarang kecuaian dalam isu pendaftaran, pewartaan dan beroperasi tanpa lesen yang sah adalah kesalahan yang tidak boleh dipandang ringan kerana boleh merisikokan isu keselamatan serta kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan institusi tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Fadhlina, orang awam tidak sepatutnya mengambil mudah atau sewenang-wenangnya berkongsi wajah dan maklumat peribadi kanak-kanak yang dilaporkan didera berkenaan.


Katanya, di samping hak untuk dilindungi di bawah undang-undang dari sebarang penganiayaan dan penderaan, mangsa juga mempunyai maruah diri dan hak privasi yang mesti dilindungi.


"Kita semua terkesan dengan isu penderaan tersebut tetapi harus objektif dalam menyikapi ketegasan pendirian. Tiada kompromi dalam soal keadilan apatah lagi dalam kes penderaan yang melibatkan golongan rentan.


"Tetapi ia harus dipandu oleh fakta yang benar bukan spekulatif serta etika yang menjaga maruah dan privasi mangsa," kata Fadhlina


Menurut pengamal undang-undang itu lagi, di bawah Akta kanak-kanak 2001, Seksyen 15 melarang pelaporan atau penerbitan sebarang maklumat mengenai mana-mana kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa sebarang kesalahan terhadapnya, termasuk gambar kanak-kanak tersebut. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan ini jika disabitkan boleh didenda sehingga RM 10,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.


Fadhlina juga menyeru agar pihak PDRM menyegerakan siasatan kes tersebut dalam usaha mencapai keadilan dan membela hak mangsa mengikut undang-undang.


Siasatan dan pendakwaan berkaitan kes tersebut, katanya perlu disegerakan kerana ia telah mengundang keprihatinan dan kepentingan awam yang serius.


Baru-baru ini tular berita remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) didera.


Dilaporkan rumah kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur yang didapati masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jagaan kepada keluarga yang mendera remaja OKU berkenaan.


Laporan media dan media sosial tersebut menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap penderaan kepada golongan OKU.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER